DUNGUN: Seorang pengusaha kedai makan ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan di hadapan premisnya di Jalan Besar Paka, pagi tadi. Mangsa, Mohamad Lutpi Mansor,50, ditemui seorang pemuda terbaring di depan premisnya, kira-kira jam 7 pagi ini. Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa, pengusaha kedai nasi kukus Paka 3, dikatakan cuba memasuki kenderaan pacuan empat roda miliknya untuk memasukkan wang hasil jualan di bank sebelum didatangi suspek. Ketika itu mangsa dikatakan bergelut dengan suspek yang dipercayai hendak mencuri kenderaan miliknya itu sebelum dia ditikam beberapa kali.
|
10
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bedah.Cun posted on 13-8-2013 02:18 PM
Perompak babi!!!!!!!!! Kitorang kaum peniaga ni selalu kena malang, tolong la menteri2 woi!!! Time p ...
Bedah.Cun posted on 13-8-2013 02:18 PM
Perompak babi!!!!!!!!! Kitorang kaum peniaga ni selalu kena malang, tolong la menteri2 woi!!! Time p ...
DUNGUN - Seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati ditembak di Kampung Cacar, di sini awal hari ini.
Mayat Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.
"Siasatan awal mendapati dua kesan tembakan di bahagian atas dada dan di bahu kiri mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan samun kerana Toyota Hilux dan beg duit milik lelaki itu dilapor hilang.
Bagaimanapun sejumlah wang ditemui di dalam poket baju mangsa dan polis percaya wang itu adalah sebahagian daripada hasil jualan restoran milik lelaki itu untuk dimasukkan ke dalam bank.
"Polis percaya jenayah itu melibatkan lebih daripada seorang suspek dan polis kini menjalankan gerakan memburu suspek bersama Toyota Hilux berwarna hitam dengan nombor pendaftaran CCL 5445," katanya.
Manoharan berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu menemui dua butir peluru di dada dan bahu kiri lelaki itu.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Nor Zuedawati Umar, 25, berkata lazimnya suaminya akan keluar sekitar pukul 4.30 pagi untuk ke surau seterusnya ke bank.
"Saya terkejut apabila adik saya memberitahu suami telah meninggal dunia. Saya bergegas turun dari rumah dan melihat suami terbaring berlumuran darah...duit hasil jualan dan Toyota Hilux milik suami lesap.
"Saya percaya suami tidak sempat ke bank untuk memasukkan duit hasil jualan dari lima cawangan restoran," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. - Bernama
ADVERTISEMENT