Teka-teki kehilangan vokalis kumpulan Samudera terjawab apabila dia ditemui mati di rumahnya di Felda Palong Timur, Segamat, Johor kira-kira pukul 12 tengah hari, Selasa. Menurut laporan mStar Online, mayat Ujang atau nama sebenarnya Sarfen Husin, 50-an ditemui oleh rakan sekerja yang datang untuk melawat Allahyarham selepas enam hari tidak datang bekerja. Saudara angkatnya, Mohd Ismail N. Isa, 30 berkata, "Rakan sekerjanya bimbang tentang keadaan Ujang dan terkejut apabila menemui arwah di dalam biliknya." Penyanyi yang popular pada era 80-an ini dipercayai sudah meninggal dunia tiga hari sebelum ditemukan dan bertambah sedih apabila mayatnya ditemui dengan keadaan yang menyayat hati.
Walau bagaimanapun Ismail menambah, "Saya tak dapat pastikan sama ada benar atau tidak arwah meninggal tiga hari lalu seperti diperkatakan tetapi keadaan mayat yang ditemui seperti sudah beberapa hari meninggal dunia." Sebelum ini, Ujang yang belum pernah berkahwin dan tinggal berseorangan di Felda berkenaan tidak pernah menyatakan penyakit yang dihidapi. Ketika bersama kumpulan Samudera, Ujang sempat merakamkan beberapa buah album seperti Titian Hasrat (1993), Terminal Cinta (1994) dan Salam Sejahtera (1995) dan antara lagunya yang popular adalah Salam Sejahtera, Untuk Apa Kita Bertemu dan Bila Diburu Kenangan. -CARI
|
14
Bagus |
15
Marah |
16
Terkejut |
18
Sedih |
13
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
SitiRopeah replied at 1-2-2017 08:49 AM
mohon tukar tajuk thread...
berita mengelirukan.
Ujang majalah Ujang pun Ujang juga.
ADVERTISEMENT