Beberapa hari lepas, tular tentang kisah seorang lelaki yang mendakwa menerima wang kertas palsu dari mesin ATM di sebuah bank di Melaka. Menurut Mohd Azwim, dia mengeluarkan wang itu kira-kira jam 1 petang di Bukit Baru, Melaka Tengah sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank menerusi mesin tunai automatik (CDM) tetapi gagal. “Hati-hati ye, mesin ATM pun tak selamat, keluarkan wang palsu. Pihak bank pun tak nak bertanggungjawab,” tulis Mohd Azwin di laman Facebook miliknya.
Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Air Keroh dan dia dimaklumkan bahawa sudah banyak kes yang sama berlaku. Menurut isterinya Norihas, pihak bank juga enggan bertanggungjawab biarpun wang kertas itu dikeluarkan melalui mesin ATM milik bank berkenaan. Ketika ditanya oleh Norihas, pihak bank memberitahu bahawa duit didalam mesin ATM tersebut bukan dimasukkan oleh pihak bank, sebaliknya diuruskan oleh pihak safeguard. “Bayangkan jika semua wang yang saya keluarkan semuanya palsu? Kita sebagai client mereka, mereka lepas tangan begitu sahaja. “Bagaimana jika itu saja duit yang kita ada untuk berbelanja, bukankah ini sudah menganiaya pelanggan?” luah Norihas. Norihas juga memberitahu dia tidak akan teragak-agak untuk menutup akaunnya di bank tersebut sekiranya pihak bank enggan bertanggungjawab. Difahamkan kes seperti ini sudah sering kali berlaku, persoalannya adakah pihak bertanggungjawab tidak mencari jalan penyelesaian dan hanya "lepas tangan" sahaja setiap kali kes sama berulang? - CARI. |
15
Bagus |
14
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana replied at 31-1-2017 05:49 PM
of course le bank tkkn bertnggungjwb
psl pemilik bank tu geng pemakan riba
ADVERTISEMENT