CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenyataan RON95 Naik 15 Sen Tidak Benar!

31-1-2017 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5598| Komen: 49

Penyebaran berita kononnya harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel bagi Februari masing-masing dikatakan naik sebanyak 15 sen, 5 sen dan 20 sen bermula malam ini tular sejak pagi tadi.



Foto: Carian Internet

Jika dilihat melalui spekulasi itu, harga RON95 naik kepada RM2.25 berbanding RM2.10 seliter sebelum ini manakala, RON97 naik kepada RM2.45 berbanding RM2.40 seliter dan diesel kepada RM2.25 seliter daripada RM2.05 seliter.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata.

Menurut Khairul, harga minyak di pam kebiasaannya ditentukan kerajaan berdasarkan harga sebenar pasaran.


“Kenaikan yang tular di laman sosial termasuk WhatsApp itu mungkin logik namun tidak semestinya tepat. Nilai sebenar kenaikan harga minyak di pam itu hanya akan diumumkan malam ini selepas mendapat maklumat rasmi saja,” katanya kepada Harian Metro. - CARI

5

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 31-1-2017 04:00 PM
nak tunggu berita rasmi pukul 11.59mlm nanti ke
Quote Rayna90 31-1-2017 04:00 PM
Kata tak sah lagi.. jangan percaya. Sekali nah kau... tgh malam.. harga tu jugak yg keluaq.. rakyat tak larat nak kena tipu dah oi..
Quote R2D2 31-1-2017 04:02 PM
gigahertz replied at 31-1-2017 04:00 PM
nak tunggu berita rasmi pukul 11.59mlm nanti ke

pukul 8 mlm dah diumumkan

Quote sepiITUindah 31-1-2017 04:04 PM
kalau bukan 15 sen..bape??
20 sen
Quote adm7 31-1-2017 04:04 PM
Harga mmg naik kalau ikut trend harga minyak dunia. Tak payah buat2 terkejut:zz
Quote Firenzza 31-1-2017 04:05 PM
Teringat plk 1 menteri vongok yg nafikan sekeras2nya kenaikan rega minyak masak sampai nk saman org yg viralkan....penyudah mmg rega tu yg kena bayar kat kaunter.....budus punya menteri cap ayam:
Quote chinta89 31-1-2017 04:08 PM
ok fine, sy purcaya x naik harga..

kte tgk la seminggu dua lagi, naik ke idok?
Quote leylapple 31-1-2017 04:13 PM
selalunya nafi2 pastu tu lah yang kluar...

Quote Loxlaxman 31-1-2017 04:14 PM
WTI jatuh...Brent jatuh...nak naik kepala tokak apenyerrr...
Quote syadq 31-1-2017 04:15 PM
Ada sesiapa nak lari vogel kalau petrol tak naik harga?
Quote R2D2 31-1-2017 04:16 PM
Harga minyak ‘mungkin’ naik esok, kata pengusaha
| January 31, 2017

PETALING JAYA: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel dijangka naik lagi mulai esok, kata badan mewakili pemilik stesen minyak.

Bagaimanapun, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) berkata pengumuman rasmi hanya akan dikeluarkan pada malam ini.

Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz mengulas pesanan di media sosial termasuk Whatsapp yang tersebar luas hari ini, yang meramalkan harga petrol RON95 naik 15 sen seliter kepada RM2.25, RON97 naik 5 sen kepada iaitu RM2.45 dan diesel naik 20 sen kepada RM2.25.

“Kemungkinan dijangka naik. Kalau ikut perkiraan, betullah. Tetapi secara rasmi kita tidak dapat lagi,” kata Khairul kepada FMT.

“Susah nak cakaplah. Yang tersebar di aplikasi Whatsapp ini belum rasmi,” katanya.

Bulan lalu, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik 20 sen seliter, manakala RON97 naik 15 sen.

Kerajaan menentukan harga minyak melalui sistem apungan terkawal, mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kekuatan mata wang negara untuk bulan sebelumnya.

Jenis petrol yang paling banyak digunakan, RON 95, naik harga 2 kali dari September 2016 hingga November 2016, sebelum turun 5 sen pada Disember 2016.

Manakala harga RON97 naik 4 kali dan turun sekali sepanjang April 2016 hingga Januari 2017.

Diesel mengalami kenaikan sebanyak 5 kali dan turun sekali dari Jun 2016 sehingga Januari 2017.

Disember lalu, Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam membayangkan kenaikan harga petrol pada tahun ini, berikutan peningkatan harga pasaran minyak mentah dunia dan prestasi lemah ringgit berbanding dolar AS.

“Dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding ringgit Malaysia kini, ia mengakibatkan kos pembelian minyak juga meningkat. Ia memberi kesan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia,” katanya.
Quote gaara_X 31-1-2017 04:29 PM
ermmmm....menteri ayam semua menafi...last² real...terus senyap....ahaks!!
Quote vespa_oren 31-1-2017 04:34 PM
nasib aku dah isi penuh minyak motor pagi tadi sebelum sesak tadi

rm6 dptlah gie keje ulang alik 3,4 hari
Quote zonan4 31-1-2017 04:35 PM
syadq replied at 31-1-2017 04:15 PM
Ada sesiapa nak lari vogel kalau petrol tak naik harga?

ari tu sape ek? kemaruk kan? tak pulak dia lari
Quote Sazida 31-1-2017 04:37 PM
Kalau mcm gini mmg tak salah la keputusan aku berbasikal ke tempat kerja,, babi punya menteri
Quote pearl.silver 31-1-2017 04:38 PM
logik tapi tak tepat
maknanya bukan 20sen tp 30sen?

disaat2 automotive manufacturer bergelut dengan ekonomi, i saspek modenas masih buat untung kan
jualan motor mesti x terjejas..
i pun rasa nk bertukar kepada motor je..
Quote Atifan 31-1-2017 04:41 PM
Pergh..naik lagi..mmg masak lah rakyat
Quote ramaramu 31-1-2017 04:49 PM
propa la semua ni.. mmg naik pny.. x pnh la kat malaysia bila ada ura2 pastu x jadi.. sakit hati la
Quote DayangKirana 31-1-2017 04:55 PM
hujan2 ni, semua benda nak naik..


sayur..
ikan..
buaya...
minyak..


Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.097112 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top