Namanya kian dikenali menerusi program Duo Star bila digandingkan bersama penyanyi Syamel. Meskipun agak lewat mendapat perhatian para peminat, namun penyanyi Ernie Zakri tetap mahu dikenali dengan caranya yang tersendiri.
Dia yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Ziana dan Anuar Zain tidak mahu dibayangi dengan nama besar kedua legenda muzik tersebut, seperti yang diperkatakan kepada Astro Gempak. “Ziana dan Anuar merupakan ibu dan bapa saudara saya. Namun begitu, saya tidak pernah menggunakan nama mereka untuk menempa nama dalam industri nyanyian. “Saya rasakan biarlah saya bertatih sendiri untuk mencari tapak dalam bidang yang saya cintai ini. Mereka juga melalui jalan yang berliku untuk sampai ke tahap sekarang, jadi biarlah saya merasai pengalaman yang sama walaupun mencabar,” terangnya. Pun begitu, Ernie berasa bersyukur kerana selepas sekian lama berada dalam industri sejak memenangi Bintang RTM 2009, akhirnya lagunya Jangan Marah mendapat sambutan baik di kalangan pendengar.
“Selepas memenangi Bintang RTM 2009, saya akui saya mencari tapak untuk menyerlahkan bakat dalam dunia hiburan. Selepas muncul dengan pelbagai single, nama saya masih belum diketahui ramai. “Syukur kerana single Jangan Marah yang saya keluarkan pada tahun lepas mendapat sambutan yang baik. Kini, orang mula nampak kehadiran saya menerusi Duo Star bersama Syamel. Alhamdulillah, Saya merasakan yang usaha selama lapan tahun membuahkan hasil,” ujarnya lagi. - CARI |
8
Bagus |
3
Marah |
2
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT