CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Berpelukan Dalam Kolam

14-8-2013 09:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21291| Komen: 160

BATU GAJAH, 12 Ogos (Bernama) -- Dua sahabat ditemui mati lemas dalam keadaan mereka berpelukan dipercayai terjatuh ketika sedang menjala ikan di sebuah kolam ikan berhampiran Jalan Ipoh-Lumut di sini hari ini.

Mangsa Mohd Yati Yeop Ahmad, 42, dan rakannya Mohammad Zhairii Shahuddin, 27, ditemui kira-kira pukul 8.28 pagi tadi oleh anggota Bomba dan Penyelamat Batu Gajah dan Unit Skuba Ipoh.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Shaharon Anuar Abd Latif berkata kedua-dua mangsa keluar menjala ikan menaiki kereta Perodua Kancil kira-kira pukul 4.00 pagi semalam.

"Mereka tidak pulang ke rumah selepas habis menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Negara dan Barcelona kira-kira jam 11 malam pada Sabtu lepas.

"Mohd Yati menemui Mohammad Zhairii di rumahnya di Gopeng sebelum bertolak sama-sama menuju ke kolam itu," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Batu Gajah di sini.
Anggota keluarga masing-masing membuat laporan mengenai kehilangan mereka di Balai Polis Pusing setelah menemui kereta mangsa dekat kolam itu, katanya.

Shaharon berkata operasi mencari dan menyelamat berakhir pagi tadi apabila kedua-dua mangsa ditemui di permukaan kolam kira-kira 10 kaki dari tebing kolam dan seorang daripada mangsa mempunyai kesan kecederaan di kepala.

"Ketika operasi mencari di jalankan menemui jaring ikan dan selipar milik kedua-dua mereka di tebing kolam ikan itu. Bomba dan Penyelamat Batu Gajah dikerahkan ke tempat kejadian untuk mencari mangsa," katanya.

Mayat kedua-dua mangsa di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hypereza_1 13-8-2013 03:52 PM
dgr khabar dr org kg sana..arwah ni kna bnuh sbb mancing kolam milik org..ada yg tau citenye?
Quote prettyuglybabe 13-8-2013 03:54 PM
takziah..


Quote salimrock 13-8-2013 03:55 PM
hypereza_1 posted on 13-8-2013 03:52 PM
dgr khabar dr org kg sana..arwah ni kna bnuh sbb mancing kolam milik org..ada yg tau citenye?

jadi pemilik kolam tu kena lah di soal siasat
Quote dainese 13-8-2013 03:55 PM
yup..memang betui...tapi polis laju je closed kes ni sebab takut timbul isu kaum..
pemilik kolam ni cina..memang la arwah ni bersalah..tapi kenapa sampai nak dibunuh 2 org melayu tuh..
ikutkan, banyak kelongsong peluru ada di kawasan tu..maybe pernah ada tembakan amaran ke apa..
dengar citer. arwah ni pun selalu sangat gie menjala kat kolam milik cina nih..
nih aku dengar citer dari kawan aku jugak..
Quote mak_wa95 13-8-2013 03:58 PM
allahurabbi....kalau kes memancig pun dibunuh....kejam sangat...kes jenayah serah ke polis la...jangan nak jadi hakim sendiri....last2 awak pun akan dihakimi nanti.....
Quote kakikuDibibirmu 13-8-2013 03:58 PM
you jump I jump

together-gether we die-die

Quote bundamia 13-8-2013 04:00 PM
Kolam ikan kt area mana ni?
Quote sayawifenikmie 13-8-2013 04:01 PM

.. kalau mati sebelum masuk kolam .. misti la forensik leh tahu ....

watper la gi mancing kat kolam orang ..
Quote zorrro_03 13-8-2013 04:02 PM
laaa. ada cerita sebalik kes ni ke?  takkan laa mencuri hukuman tembak.  tak patuttttt.  
Quote Modngengade 13-8-2013 04:03 PM
hypereza_1 posted on 13-8-2013 03:52 PM
dgr khabar dr org kg sana..arwah ni kna bnuh sbb mancing kolam milik org..ada yg tau citenye?

mancing kat kolam org pun nak bunuh ker...saperla pemilik kolam itew yg busuk benar hatinya...

Quote ogata 13-8-2013 04:03 PM
mak_wa95 posted on 13-8-2013 03:58 PM
allahurabbi....kalau kes memancig pun dibunuh....kejam sangat...kes jenayah serah ke polis la...jang ...

tuan kolam bunuh ker???

pekerja sawit indon nenek aku salu je curi tanaman sayur sayuran nenek iols...

tapi nenek iols tak de sampai nak tembak pun.....
Quote edee_91 13-8-2013 04:05 PM
gambor mangse2 mase hidup mane?
Quote Modngengade 13-8-2013 04:05 PM
sepatutnya pemilik kolam itu adalah suspek utama...tak payahlah nak takut issue perkauman ker haper..ni dah kes jenayah....keadilan mesti ditegakkan...demi mangsa dan keluarga mereka....common kapal sink..what say you?????
Quote Modngengade 13-8-2013 04:06 PM
dainese posted on 13-8-2013 03:55 PM
yup..memang betui...tapi polis laju je closed kes ni sebab takut timbul isu kaum..
pemilik kolam ni ...

isk isk..busuknya hati pemilik kolam ni

Quote Irwan-Ahmad 13-8-2013 04:09 PM
Modngengade posted on 13-8-2013 04:03 PM
mancing kat kolam org pun nak bunuh ker...saperla pemilik kolam itew yg busuk benar hatinya...

jom,  gi jihad sama MCA
Quote annehuda 13-8-2013 04:09 PM
dainese posted on 13-8-2013 03:55 PM
yup..memang betui...tapi polis laju je closed kes ni sebab takut timbul isu kaum..
pemilik kolam ni ...

aku tak tau nk simpati ke tak ngan mangsa2 nih. sbb mati pun semasa tgh mencuri ikan kt kolam ikan orang lain

aku simpati kt keluarga diorg jelah dpt anak mcm ni..

Quote Modngengade 13-8-2013 04:11 PM
Irwan-Ahmad posted on 13-8-2013 04:09 PM
jom,  gi jihad sama MCA

ko tahu ke maksud jihad?

Quote dainese 13-8-2013 04:11 PM
pemilik kolam nih pun sedang disiasat..
celaka punya manusia kalau betui dia buat gitu..
Quote mabelesrossa 13-8-2013 04:12 PM
Takziah..

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038265 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top