Semakin menjadi-jadi! Tidak cukup dengan papan tanda 'Ipoh', aksi tunjuk berani memanjat tempat tinggi tular lagi. Kali ini lebih 'hebat' apabila dua remaja memanjat papan tanda ‘TEMERLOH’ pula sebelum terjun ke dalam sungai Pahang yang sedang mengalir deras berikutan musim tengkujuh.
"Berani tidak bertempat!" Menurut Utusan Online, aksi dua remaja terbabit dirakam dari sudut belakang papan tanda berkenaan kini tersebar meluas di laman sosial, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat yang rata-rata menyifatkan tindakan remaja terbabit sebagai 'berani bodoh'. Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Mohd. Fadzli Mohd. Kenali dan pihaknya memandang serius perkara ini dan menyifatkannya sebagai tindakan bahaya.
“Kita tidak sangka perkara ini boleh berlaku apatah pada masa musim banjir ini yang menyaksikan air sungai melimpah dan mengalir deras yang boleh mengundang bahaya. “Papan tanda berkenaan juga bukannya dibina untuk dipanjat selain terdapat sambungan wayar elektrik. Sudah tentu aktiviti itu tidak selamat,” katanya kepada Utusan Online. Tambahnya, papan tanda tersebut yang juga merupakan kawasan larangan diselia pihak berkuasa tempatan dan aktiviti memanjat papan tanda itu adalah dilarang sama sekali. Menurut Fadzli, pihaknya telah bertemu pemimpin masyarakat di kawasan itu untuk memantau aktiviti sedemikian dan meminta polis membuat rondaan berkala. - CARI
|
5
Bagus |
13
Marah |
16
Terkejut |
19
Sedih |
14
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pyropura replied at 28-1-2017 11:59 AM
Biarkan aje lah, itu kan pilihan masing2 yang dah akil baligh dan tau bezakan samada bahaya kan diri ...
pyropura replied at 28-1-2017 11:59 AM
Biarkan aje lah, itu kan pilihan masing2 yang dah akil baligh dan tau bezakan samada bahaya kan diri ...
susukambingbest replied at 28-1-2017 12:37 PM
tu la, sape la yg bodoh sgt angkat bebudak pnjat ipoh tu sbg ikon. skrg hdap je la rmai lg budak2 br ...
ADVERTISEMENT