CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Flower Gelato, Ais Krim Yang Mampu Pujuk Dan Cairkan Kekasih Anda

25-1-2017 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5653| Komen: 17|Original author: Oleh: Myra Rozi

Foto: Boredpanda

Dari dulu sampai sekarang, sebut sahaja ais krim pasti tiada siapa mampu menolak dari godaannya apatah lagi dengan pelbagai pilihan perisa yang hebat dan menarik.

Sesuai dengan peredaran masa dan trend terkini, muncul pula ais krim yang disajikan dengan bentuk bunga ros. Wah, nampaknya gabungan antara elemen bunga dan ais krim ini memang sangat meletup!

Foto: hwww.odditycentral.com
Flower Gelato ini boleh didapati di I Creamy yang terletak di Sydney, Australia di mana pelanggan yang berkunjung dapat menikmati ais krim kon persis kuntuman bunga ros.


Foto: Boredpanda
Terdapat sebanyak 96 perisa yang berlainan antaranya Black Sesame, Blueberry Cheesecake, Caramel Choc Chip, Durian Coconut Crunchy, French Vanilla, Strawberry Panna Cotta, dan Young Coconut.

Foto: danielfooddiary.com
Kedai ais krim ini memang sangat popular dan dipenuhi pelanggan yang sanggup menunggu 'jambangan bunga' mereka siap walaupun terpaksa beratur panjang.

Bermula dengan harga AUD$8.90 atau lebih kurang RM30, pelanggan dapat memilih gabungan ais krim dari 3 perisa yang berlainan. Mungkin kedengaran agak mahal, tapi memang berbaloi untuk dicuba.

\
Foto: Boredpanda
Cantik sangat sampai ada yang rasa sayang untuk menikmatinya. Jika ke Sydney, jangan lupa singgah di I Creamy.

i-Creamy Artisan Gelato
Shop 13 Skyview Plaza 531–551 George Street, Sydney
Waktu Operasi: 11am – 10pm

Agak-agaknya bila kedai ais krim bunga ros seperti ini akan dibuka di Malaysia ya? Sama-sama kita nantikan. -CARI
4

Bagus
13

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putribonda 25-1-2017 04:06 PM
buat ice cream bentuk ferari pun aku takkan cair..hahahaha.
sbb aku tak suka ice cream
Quote cik-jaja 25-1-2017 05:39 PM
aku ske eskem..tp buat berjambak2 camtu, xcair ke...
Quote Artemesiaa 25-1-2017 05:49 PM
Kat Jepun dan Korea banyak je cam ni
Quote siskepoh 25-1-2017 05:51 PM
mahei sgt. kalau kat mlysia pon tak relalah nak beli. tp kalau laki yg belikan pe slahnya, kenss
Quote WhiskeyScotch 25-1-2017 05:52 PM
Dah pernah makan dah. Amorino is my favourite.
Quote mbhcsf 25-1-2017 10:25 PM
oh god...alamak teringat madagscan vanilla ice cream.
Quote minahmanja 26-1-2017 09:27 AM
kat kl dh ade kan.. last year ade klr dlm majalah 3..
Quote kelip2_07 26-1-2017 11:45 AM
aku xsuka eskrim..buat la bentuk mcm mane pn
Quote cewekbopot 26-1-2017 12:25 PM
aku suka eskrim... tapi klau harga rm30, eskrim biasa saja bole makan sampai pingsan!

Quote little_red 26-1-2017 03:05 PM
ces.. ingtkan dekat Malaysia!
Quote nononcrux 26-1-2017 04:20 PM
berapa lama tahan tu
Quote vanillaninja 26-1-2017 04:48 PM
Jauh la pulak i nak pergi Sydney semata2 nak merasa kan. Baiklah i pergi Morelli's je
Quote makneng 28-1-2017 05:17 PM
Ciss kalo kat bkt bintang or klcc gigih la jugek nk pi
Quote Keledek.kepam 28-1-2017 11:24 PM
minahmanja replied at 26-1-2017 09:27 AM
kat kl dh ade kan.. last year ade klr dlm majalah 3..

Kat mana eh? Iols suka sgt aiskrim  
Quote Keledek.kepam 28-1-2017 11:25 PM
cewekbopot replied at 26-1-2017 12:25 PM
aku suka eskrim... tapi klau harga rm30, eskrim biasa saja bole makan sampai pingsan!

I suka keladi & peppermint ! The best ! <3
Quote evlinne 28-1-2017 11:56 PM
Gigih ambil gambar askrim sambil pusingkan jam DW
Quote bubblegummy 3-2-2017 08:08 AM
Cantik cam syg plak nk mkn

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.044414 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top