"Alamak! Kenapa Aweera potong rambut pendek? Nampak macam 'jambu' la pula." Inilah antara persoalan yang pasti berlegar di fikiran peminat apabila penyanyi, Aweera atau Nasharul Aweera Noriyissham, 26, bertindak memotong rambutnya.
Aweera bagaimanapun menjelaskan imejnya kini berambut pendek tidak bermakna dia tidak lagi berjiwa 'rock'. Menurut Aweera, dia mahu tampil dengan imej baharu kerana sudah terlalu lama menyimpan rambut panjang sebelum ini. "Dari sejak awal kemunculan rambut saya sama sahaja iaitu panjang dan kerinting, jadi tahun ini apa salahnya saya buat pembaharuan dari segi imej agar lebih segar.
"Label muzik rock dan berambut panjang itu orang yang buat tetapi pada saya tidak kira pendek atau panjang itu bukan ukuran jiwa 'rock' tetapi ia hanya sekadar imej," katanya kepada mStar Online. Aweera akui meminta pandangan rakan-rakan terlebih dahulu sebelum bertindak memotong rambutnya kerana khuatir imej itu tidak sesuai dengannya. Walaupun ada yang kurang bersetuju dengan keputusannya itu, Aweera bagaimanapun nekad tampil dengan imej baharunya untuk kelihatan lebih segar. "Ada yang sokong dan ada juga minta saya kekalkan imej rambut panjang dan kerinting yang sudah sinonim dengan diri saya. "Tetapi saya nekad potong kerana jika saya sudah bosan dengan imej ini saya masih boleh kembali simpan rambut saya," jelasnya. Tak kisahlah rambut panjang, pendek atau botak, yang penting rock tetap rock. Semoga Aweera terus berjaya dalam apa jua yang diceburi. - CARI
|
28
Bagus |
15
Marah |
26
Terkejut |
25
Sedih |
10
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT