CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Sangka Wahid Senario Sudah Bersara Bila Gambar Di Masjid Jadi Tular

21-1-2017 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8362| Komen: 24|Original author: Oleh: Adib Za


Sejak berimej ke arah lebih islamik, ramai yang menyangka anggota kumpulan Senario iaitu Wahid telah mengundur diri dari dunia seni.

Namun, menerusi Mstar Online, Wahid, 42 berkata dia tetap aktif dalam bidang seni namun mengakui tawaran yang diterima makin berkurangan sejak tiga tahun lalu bila tidak lagi bersama TV3.

"Hanya kerana saya dilihat sudah 'alim' dan ada gambar saya di masjid menjadi viral (tular) saya dikatakan sudah bersara tetapi sebenarnya tidak.

"Tanggapan itu dibuat hanya melihat saya secara mata kasar dan gambar-gambar yang menjadi viral.

"Saya masih Wahid yang seperti anda kenal dan saya tidak pernah mengundurkan diri cuma tidak banyak peluang yang saya dapat sejak tidak lagi bersama TV3,"
terangnya.

Dalam pada itu, bagi peminat kumpulan Senario bolehlah mengubat kerinduan bila siri animasi SenarioToons yang diadaptasi daripada kisah kumpulan tersebut ditayangkan setiap Sabtu, jam 9.30 pagi sejak Ogos tahun lalu. - CARI

Foto: Mstar Online

5

Bagus
1

Marah

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 21-1-2017 04:35 PM
motif iols xtau kewujidan senariotoons?
Quote samasam90 21-1-2017 04:47 PM
Orix replied at 21-1-2017 04:35 PM
motif iols xtau kewujidan senariotoons?

khensss. meolls bukan selalu tgk tv3, tapi tahu juga kewujudan kartun kat sana. senariotioons tak pernah dengar pulok. coming soon kot.
Quote aleesyasofia 21-1-2017 04:52 PM
xpnh  nmpk pon kartunnya.. tp bkn ke sblm nie prnh dgr wahid mmg xnk blakon dah..
Quote wolf_cute 21-1-2017 05:03 PM
samasam90 replied at 21-1-2017 04:47 PM
khensss. meolls bukan selalu tgk tv3, tapi tahu juga kewujudan kartun kat sana. senariotioons tak  ...

Coming soon pe nyer...da lame tayang kt tb ari sebtu 9.30 pg...pg2 ank ak dok nengok karton tu....
Quote WhiskeyScotch 21-1-2017 05:03 PM
Setuju dengan semua forummers di atas. Tak tahu pun kewujudan senariotoons. Ada eyh kartunnya?
Quote WajibulGhunah 21-1-2017 05:54 PM
Tak pernah dga pun senariotoons
Geng boboiboy y anime buleh lorhhh
Quote shiedafaizal 21-1-2017 06:56 PM
Adala uolss sbb anak2 duk tgk pagi sabtu
Quote putehkundor 21-1-2017 07:04 PM
gambar tular beliau di mesjid tu orang yang tangkap ke atau swafoto?
Quote fadz84 21-1-2017 07:17 PM
putehkundor replied at 21-1-2017 07:04 PM
gambar tular beliau di mesjid tu orang yang tangkap ke atau swafoto?

Tular, swafoto - bahasa kamus Dewan sgt.. huhu
Quote Jajabeans 21-1-2017 08:28 PM
Xde keje betul org yg duk sebarkan gamba ni.
Quote hanna88 21-1-2017 08:33 PM
Oh ada ea senariotoons haha motip iols pun baru kelua dari gua
Quote sambaldurian 21-1-2017 09:15 PM
I pnh tertengok senariotoons, muka senarion versi knk2. Episod azlee bermimpi kwn2 disihir oleh nek kebayan jd ikan
Quote samasam90 21-1-2017 09:40 PM
wolf_cute replied at 21-1-2017 05:03 PM
Coming soon pe nyer...da lame tayang kt tb ari sebtu 9.30 pg...pg2 ank ak dok nengok karton tu....

sendunyer kartun itu. sesendu pelakonnyer.
Quote hangdenim 21-1-2017 11:44 PM
Wahid best buat ta'in je, yg lain haussssss
Quote mieymiey 21-1-2017 11:50 PM
I pernah tertengok senariotoons tu, tapi tak silap i yang ada cuma Azlee, Wahid dengan Lan. Lain lain ahli Senario takda.
Quote silampumeja 22-1-2017 12:30 AM
selalu je tengok senariotoon tu... agak kelakar jugakla... teringat jugak kat sitcom lama diorang ..zaman kegemilangan
Quote ciwi1166 22-1-2017 10:35 AM
aku tak boleh accept la perkataan "tular" ni.

tak kena sangat. Hahaha.
Quote anilanil 22-1-2017 11:52 AM
Kalo tak salah dah lama dah wahid jadi geng masjid..tapi masa tu belum tular lagi..
Quote chinta89 22-1-2017 01:05 PM
senariotoons mmg lucu dan lawak. tp x sure kenapa publisiti x dberikan secara meluas spt kartun2 lain.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054415 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top