CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lupakan Ubat Batuk, Netizen Ini Kongsi Ramuan Oren Kukus Sebagai Penawar!

20-1-2017 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4566| Komen: 14|Original author: Oleh: Maly Rosli

Batuk merupakan respon tubuh melawan penyakit di mana ia membantu mengeluarkan lendir atau debu melalui saluran pernafasan. Setiap kali batuk, jarang sekali pesakit mendapatkan penawar alternatif. Kebiasaannya pasti akan mencari ubat batuk juga.



Foto: Huffington Post

Kadang-kadang ada juga yang malas untuk berjumpa doktor dan mendapatkan ubat batuk, sebaliknya hanya membeli ubat batuk di farmasi sahaja. Daripada menelan ubat batuk yang belum tentu berhasil meredakan batuk, apa kata cuba redakan batuk dengan bahan semula jadi. 

Seorang netizen bernama Jes Tham berkongsi satu ramuan ubat batuk dari pakar ubat China dan Taiwan. Menurutnya, ubat batuk ini sesuai bagi meredakan batuk berlarutan dialami kanak-kanak dan orang dewasa.



Foto: Carian Internet

Bahan:
- Beberapa biji limau oren
- Sedikit garam



Caranya:
1. Potong bahagian atas dan bawah limau dan letak di dalam periuk.

2. Cucuk-cucuk permukaan atas limau dengan garpu, lidi sate atau chopstick.


Foto: FB Jes Tham

3. Taburkan secubit garam di bahagian atas limau dan sapu rata.

4. Kukus selama dua jam. Boleh dikurangkan masa kukus tetapi tak akan dapat banyak jus oren.

5. Siap untuk diminum! Rasanya masin-masin pahit ya.


Sediakan ramuan ini dan diminum sehingga batuk berhenti. Keberkesanannya bergantung kepada sistem pertahanan tubuh individu itu sendiri. Mungkin ada yang lambat, mungkin ada yang cepat sembuhnya.

Selamat mencuba! - CARI
24

Bagus
32

Marah
20

Terkejut
23

Sedih
17

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (137 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 20-1-2017 05:31 PM
hmmm ayah saya dlu suh makan bawang merah sebiji dua. Alhamdulillah jalan..kot kebetulan ke apa tak tau la plk
Quote seri_mawr 20-1-2017 05:36 PM
petua my sister....(mana dia dapat tak tahu le)

perah limau kasturi sebiji (bgi cukup satu sudu besar) than titiskan kicap 1,2 titis..( akak guna kicap manis) so sedap sikit la..

minum terus...biasanya cepat ok...ni klu time pregnant mmg x amik ubat batuk..so guna cara ni...
x pregnant pun boleh jugak...

buat dua kali sehari...
selalunya sehari dua dah ok dah...
Quote Artemesiaa 20-1-2017 05:58 PM
Info menarik
Quote siskepoh 20-1-2017 06:15 PM
em elok sgt la. byk limau skrang. boleh buat bsnes ubat batok
Quote Fieza-mira 21-1-2017 02:27 PM
Aku punya petua pun sama macam ni tapi lain sikit. Letak gula batu bukan garam. Ni cina jugak yang bagi petua ni.
Quote WhiskeyScotch 21-1-2017 05:00 PM
Okeyh nanti batuk boleh cuba. Thank you for the info.
Quote che-cikL 22-1-2017 10:47 AM
Terbaik lah..
Quote Rainrein 22-1-2017 08:24 PM
Penah dapat petua yang agak sama dari macik indian masa dok sembang2. Bezanya xde taruk garam ke hape.  Just kukus oren tu je pastu kasi anak minum.  Petua menantu sabah dia katanya. Dia cakap memang menjadi tapi ai x penah try lagi setakat ni.
Quote CrowneGlory 23-1-2017 11:52 AM
apa susah2 nk masak..ubat batuk aku satu famili...makan nenas jah...settle
Quote mirandanicky1 25-1-2017 12:09 AM
Eloklah limau byk ni org kasi berkotak2 nk cny
Quote Pakarimport80 26-1-2017 07:04 AM
Limau makan banyak senang batuk ...... Nilah petua yg terbaik untuk musim musim sekarang ....terima kasih share info yg baik
Quote Andyscenes 29-1-2017 08:55 PM
terima kasih
Quote comel90 5-3-2017 12:08 PM
Senang ja boleh cuba
Quote medd 6-3-2017 03:05 PM
Limau lps kukus tu kena perah ke utk dptkn jusnya?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.049524 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top