Nama Altimet memang sudah tidak asing dalam industri hiburan tanah air dan kebanyakan lagunya memang meletup dan menjadi kesukaan ramai peminat.
Namun mengejutkan kerana penyanyi ini berkata yang dia nekad untuk berhenti dari bidang nyanyian bermula pada tahun hadapan. Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 39 berasa yang apa yang diinginkan dalam bidang seni sudah tercapai dan mahu menyertai bidang perniagaan pula. "Alhamdulillah sepanjang pembabitan dalam bidang seni saya sudah mendapat apa yang diimpikan. Kebanyakan yang dirancang dan disasarkan berjaya dilaksanakan, cuma saya kini hanya mengimpikan untuk menerbitkan album berkonsepkan filem,” katanya kepada Harian Metro.
Pelantun lagu Amboi ini menetapkan tarikh 27 November tahun depan sebagai tarikh penamat kepada kerjaya nyanyiannya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-40 "Keputusan ini sudah lama dibuat iaitu sejak saya bergerak solo pada 2007. Sudah tiba masanya untuk saya mengundurkan diri. Kata orang lebih baik berhenti selagi masih disenangi daripada berlaku sebaliknya,” tambahnya. Baki masa yang ada akan dimanfaatkan sebaiknya dan dia kini dalam perancangan untuk menerbitkan dua album lagu. "Selepas tempoh itu kalau ada yang membuat permintaan untuk menghasilkan lagu saya okey lagi asalkan tidak membabitkan rakaman dan persembahan." Empunya badan sudah pun mengambil keputusan muktamad. Nampaknya peminat di luar sana pasti akan kecewa dan merindui karya-karyanya nanti, kan? -CARI
|
17
Bagus |
10
Marah |
14
Terkejut |
6
Sedih |
15
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ahmad_dhani91 replied at 20-1-2017 02:16 PM
i dont care
ogata replied at 20-1-2017 02:29 PM
amboi amboi amboi..berhenti sebab apa jer??
exclusive_vvip replied at 20-1-2017 02:46 PM
Ye lar tu...tgk2 tahun depa ada ja dok menyanyi lagi...tak percaya iols..
rosasa replied at 20-1-2017 02:31 PM
dah kahwin ke belum? kalau belum kahwin la Ahmad oiii
IxoraP replied at 20-1-2017 03:02 PM
nma sbenar dia ahmad ker? camne leh jd altimet?
ADVERTISEMENT