Sebelum ini pelakon hebat Bollywood, Shah Rukh Khan pernah memberi amaran untuk mengoyakkan mulut lelaki yang mencium anak perempuannya. Kali ini, hero pujaan ramai ini menyatakan dia akan memenggal kepada kedua-dua anak lelakinya iaitu Aryan Khan dan Abram Khan sekiranya mereka menyakiti hati wanita. “Jika Aryan dan Abram menyakiti hati wanita, saya sendiri akan memenggal kepala mereka. Setiap lelaki harus memandang tinggi kepada kaum wanita. Kaum wanita harus dihargai,” katanya semasa ditemu ramah oleh Femina. Shah Rukh juga menegaskan yang kaum wanita harus dilayan dengan penuh rasa hormat dan jangan sesekali berniat untuk mempermainkan perasaan mereka. Baginya wanita adalah kaum yang wajib dilindungi dan dia juga mengutuk lelaki yang memperalatkan wanita dalam apa sahaja keadaan. Sebelum ini, aktor Akhshay Kumar pernah mengadakan sebuah aktiviti perkhemahan khas untuk wanita mempelajari seni mempertahankan diri. Pembikin filem, Farhan Akhtar juga pernah melancarkan kempen sosial MARD untuk menghalang jenayah rogol yang berlaku berluasa di India. Memang boleh dipuji sikap Shah Rukh dalam mendidik anak-anaknya untuk menghormati perempuan. Bapa di luar sana bolehlah ikut cara yang sama juga ya. -CARI
|
16
Bagus |
25
Marah |
21
Terkejut |
13
Sedih |
22
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
krustykrab replied at 20-1-2017 01:23 PM
Bagus tu saruk...moga2 ko pun menjaga bini ko baik2
shanshero replied at 20-1-2017 02:14 PM
tengok nama anak dia semua hindu
srk sorng kot yang muslim
CARI-MRO replied at 20-1-2017 12:31 PM
Foto: itdmail.com
ADVERTISEMENT