CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

25 Rumah Hangus Dijilat Api Di Sentul

13-8-2013 09:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6841| Komen: 44




ORANG ramai melihat kebakaran yang memusnahkan 25 unit rumah di Kampung Puah Bahagia, Sentul, Kuala Lumpur malam kelmarin.



KUALA LUMPUR – Seorang suami nekad merempuh rintangan api dengan kereta untuk membawa keluar isterinya yang dalam pantang selepas bersalin ketika kediaman mereka musnah dalam kebakaran membabitkan 25 buah rumah di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini malam kelmarin.

Kejadian pukul 12.30 malam itu menyebabkan keseluruhan empat blok rumah panjang yang dihuni lebih 100 penduduk musnah.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Difahamkan, ketika kejadian, hanya 10 buah rumah yang berpenghuni manakala selebihnya kosong selepas mereka pulang berhari raya di kampung halaman.

Pengarah Bomba Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, lapan jentera dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 12.50 malam.
“Jentera pertama tiba pada pukul 1 pagi dan api berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi disiasat,” katanya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 12-8-2013 12:23 PM
kesian ok, balik2 beraya dari kg tgk2 umah dh jd arang...
Quote sigila 12-8-2013 12:30 PM
Sib baik x der yg terbakor sekali...
Quote edee_91 12-8-2013 03:16 PM
huiyo..... satu kerugian besar.........!
Quote rosmahisham 12-8-2013 03:20 PM
Sedihnya...
Quote miawpink 12-8-2013 03:21 PM
kesian nya
Quote PerKasa 12-8-2013 03:21 PM
Jika ada PRU kecil
terpeliharalah mangsa

tapi PRU takde

maka pandai2lah cari tempat perlindungan sendiri.
Quote edee_91 12-8-2013 03:24 PM
dekat2 dengan lebuhraya DUKE tu je ke?
Quote kakikuDibibirmu 12-8-2013 03:54 PM
lebuhraya duka lara
Quote din_atos 12-8-2013 03:57 PM
Harap mereka mendapat bantuan
Quote shernazz 12-8-2013 04:06 PM
ni ke yang masuk berita semalam?
kesian okeh, semua hangus
bina rumah pakai papan, memang senang terbakor
sumber air plak jauh, memang sukar la pihak bomba nak cepat padamkan api...
aku doakan depa dilindungi..dan murah rezeki
Quote snipersnake 12-8-2013 05:26 PM
takziah. bertabahlah. mana YBnya, buat la kerja. jgn nak berdemo je.
Quote dragger 12-8-2013 05:30 PM
tian chuak punya kawasan nih..

apa lagi tian chuak.. kasi buat kerja laaa
Quote Irwan-Ahmad 12-8-2013 05:48 PM
UMNO skang cuma sayang mamak jer,  so mangsa Melayu tolak jelah tanggung jawap kasi YB cha ya nun alif,  ekceli semua pihak pon boleh vodo jer pasal Allah pon takan bersuara,  kaji jelah Quran utk cari penyelesaian yg difahamkan semua cara Allah dah tulis kat dlm

  amin


Quote Artemesiaa 12-8-2013 06:40 PM
Siannya harap mangsa2 kebakaran bertabah menghadapi dugaan
Quote cintalara 12-8-2013 07:14 PM
kat IG Tian Cuah le mula2 keluar berita ni di saat sumber2 berita lain belum upload.
Quote AHMADVW 12-8-2013 07:16 PM
cukong cina nak ambik tanah buat kondo mewah,,
Quote suka.suki 12-8-2013 07:40 PM
kesian mereka.
smoga dipermudahkan urusan slps ni..
Quote wunan88 12-8-2013 08:02 PM
ni kawasan setinggankan..dengar cerita yg bakar nie org dbkl jugak..

dah suroh diorang pindah xmaw..last2 dibakor je rumah tue
Quote zeed 12-8-2013 08:33 PM
Setinggan ek? PATI ke yang duduk situ?untung PATI kat malaysia ni..dijaga dengan baik... Nyanyi negaraku pin dah leh dapat IC.. Terima kasih kerajaan..

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.057945 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top