Sebut sahaja apa yang tiada di negeri Pahang? Sudah tentu Pahang memiliki segalanya apa yang anda cari untuk sebuah percutian hebat. Dari pantai Cherating, pulau Tioman sehinggalah percutian menyejukkan ala luar negara di Cameron Highland dan juga Genting Highland.
Bersempena Tahun Melawat Pahang, selain menyasarkan pelancong tempatan, kerajaan negeri Pahang dikatakan sangat optimis mampu menarik minat sejuta pelancong dari negara China pada tahun ini. Ini bukan mustahil kerana negeri ini terkenal dengan destinasi menarik, khazanah semulajadi dan pelbagai keunikan tersendiri. Itu tidak termasuk dengan resipi turun temurun yang sentiasa memikat ramai orang seperti ikan patin masak tempoyak, sambal hitam, gulai lemak budu dan sebagainya.
Memetik laporan Bernama, antara lokasi yang menjadi pilihan ramai pelancong China adalah Genting Highlands dan juga kawasan pantai. Jadi, mengapa pelancong China yang disasarkan? Berdasarkan peratusan yang didapati tahun lalu bagi tempoh Mac hingga Disember, jumlah kemasukan rakyat negara itu ke sini adalah sebanyak 2.2 juta. Selain itu, setiap seorang pelancong dari China dianggarkan berbelanja sebanyak RM3,500 seorang dan bayangkan jika sejuta orang menjejaki ke Pahang? Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin antara promosi yang akan dilakukan termasuklah konvoi menjelajah ke seluruh negara. Nah, semoga visi yang ditetapkan ini tercapai! Bagi anda yang inginkan percutian dalam negara juga, jangan lupa kunjungi negeri Pahang! - CARI |
23
Bagus |
21
Marah |
18
Terkejut |
17
Sedih |
22
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spiderman80 replied at 19-1-2017 11:06 AM
Mesti tanah dan pokok-pokok di tepi jalan di Pahang akan menjadi sangat subur kelak.
boyagombak replied at 19-1-2017 09:29 PM
Dalam negeri bkn main lagi marah DAP tp dok hadap sgt dgn pelancong China komeneh. Dasar talam bermu ...
Antara lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong China ialah Genting Highlands dan kawasan pantai, katanya pada sidang media mengenai majlis pengisytiharan Tahun Melawat Pahang 2017 di sini, hari ini.
ADVERTISEMENT