Walaupun boleh dikatakan berjaya meraih kejayaan besar menerusi filem Dangal baru-baru ini, Aamir Khan bagaimanapun mengatakan dia tidak berminat untuk melebarkan sayapnya di Hollywood.
Walaupun begitu, Aamir Khan masih bersedia melakukan projek di peringkat antarabangsa sekiranya menemukan sesuatu yang menarik. "Saya tak rasa mahu ke Amerika Syarikat dan bekerja di sana. Fokus saya hanya kepada industri perfileman India sahaja. "Namun, tak bermakna menghiburkan penonton dari serata dunia itu merupakan idea yang buruk, ia cuma tak termasuk dalam 'perancangan' karier saya untuk membikin filem di peringkat antarabangsa," katanya dalam sebuah temu ramah.
Menurut Aamir Khan, ia bukanlah bermaksud dia tak akan pernah mencuba melibatkan diri dalam perfileman di peringkat antarabangsa. Sekiranya peluang diberi itu menarik, dia pasti akan menerimanya. "Tiada sempadan dapat menghalang manusia dari terus menghasilkan karya kreatif. Sekiranya saya mendapat tawaran dari Jepun dan saya sukakannya, saya pasti akan menerimanya," tambah Aamir Khan. Betullah tindakan Aamir Khan itu. Bukan dia terlalu memilih, tetapi sebagai orang lama yang sudah berpengalaman sudah pasti dia mempunyai perancangannya tersendiri. - CARI |
19
Bagus |
17
Marah |
11
Terkejut |
18
Sedih |
20
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT