Tidak dinafikan zaman ini ramai yang mengeluh dengan keadaan ekonomi yang dilihat tidak menentu. Antara perkara yang dilakukan adalah berjimat dan terus berjimat.
Baguslah jika ia mampu mengurangkan beban diri sendiri dan keluarga dengan wang yang lebih banyak disimpan daripada dikeluarkan. Namun, dalam pada itu bila membicarakan tentang ilmu ada pihak yang sanggup menebalkan muka untuk 'berjimat' dalam membayar yuran. Bukan sebarangan yuran, ia merupakan yuran mengaji al Quran. Seorang netizen menceritakan realiti yang sering berlaku di kalangan ibu bapa seolah-olah memandang sepi dan juga enteng bila melibatkan perihal yuran mengaji.
"Bangi dikenali Bandar Ilmu. Perbualan dua orang bapa yang menghantar anak untuk mengaji al Quran. Guru mengajar mengatakan yuran pengajian RM25 untuk sebulan bagi 3 kali seminggu. "Si bapa minta kurang yuran kepada RM15 sebulan. Jadi sebulan lebih kurang mengaji al Quran 12 kali. Kadar mengaji sekali adalah RM1.25" Begitulah antara situasinya. Kata netizen ini lagi, kadar parking kereta pun tidak semurah itu. Mungkin nilai tenaga pengajar al Quran terlalu rendah di kalangan masyarakat? Begitu juga dengan eberapa kelas yang dianjurkan secara percuma. Ramai yang mengambil mudah, maklumlah ia hanyalah percuma sahaja. "Apabila diberikan kelas percuma ramai yang mendaftar tetapi penghujung kursus, jumlah peserta boleh dikira." Situasi ini mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen lain. Kesimpulannya, janganlah sesekali berkira bila melibatkan ilmu dan juga kelas agama terutamanya. Apa kata ikhlaskan diri, agar apa yang diterima itu menjadi lebih berkat dan juga bermanfaat. - CARI |
28
Bagus |
19
Marah |
28
Terkejut |
21
Sedih |
17
Lawak |
39
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT