Penyanyi dan juga pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Abang Bomba I Love You, Amira Othman mengakui yang dirinya masih bersendiri tanpa kehadiran cinta di hati. Menurutnya, dia masih belum terfikir untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki setakat ini. Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 24, berkata, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk dia memberi perhatian kepada kerjaya berbanding memikirkan soal teman hidup. "Saya sibuk dengan kerja. Mungkin juga usia yang baru sahaja 24 tahun membuatkan saya masih rasa selesa dan tidak risau untuk mempunyai teman lelaki," katanya kepada mStar Online. Dia hanya meletakkan target untuk mendirikan rumah tangga pada usia 28 tahun dan berdoa agar impiannya menjadi kenyataan. Ditanya tentang ciri-ciri suami yang didambakannya, pelantun lagu Jaga-Jaga ini menolak bercinta daripada golongan artis. "Kalau boleh saya tidak mahu bercinta lama-lama kerana takut buang masa tidak jadi kahwin pula. Saya fikir tidak perlu bertunang, buat yang wajib sahaja," tambahnya. Nampaknya, jejaka di luar sana masih lagi berpeluang untuk merebut hati artis cantik ini. Ada sesiapa yang mahu mencuba nasib? -CARI |
16
Bagus |
23
Marah |
20
Terkejut |
12
Sedih |
11
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
terpaku replied at 18-1-2017 04:00 PM
LaksamanaBentan replied at 18-1-2017 04:43 PM
Pe maksud nippon paint? Plastik ker? Tertinggal ketapi lak
EncikRhoma replied at 18-1-2017 04:08 PM
Ni mekap berapa inci punya tebal daaa...dalam citer abam bomba jadi budak sekolah nampak selekeh.
ADVERTISEMENT