Rakyat Malaysia digemparkan lagi dengan dakwaan bahawa maklumat yang terkandung dalam kad debit yang mempunyai fungsi Paywave sangat mudah dicuri tanpa pengetahuan pemiliknya.
Menurut sumber dari Facebook Hajar Majid, sesiapa sahaja boleh memuat turun aplikasi tersebut di Playstore dan App Store. Dalam gambar infografik yang tersebar baru-baru ini menunjukkan yang penjenayah boleh mencuri data dengan menggunakan aplikasi tersebut dengan cara mendekatkan telefon pintar dengan kad bank pada jarak 1-5 meter. Alat pembaca gelombang radio boleh menyimpan transaksi sekitar RM300 sehingga RM1500 tanpa memerlukan internet. Data kad bank yang diperolehi dari mangsa akan digunakan untuk aktiviti pemalsuan kad bank dan transaksi tanpa kebenaran.
Bagi mengelakkan dari menjadi mangsa terjadi, saranan yang diberi adalah supaya membeli sarung kad anti gelombang radio yang boleh didapati di pasaran dengan harga RM10-RM30 setiap satu atau membalut kad dengan kertas aluminium bagi mengelakkan gelombang radio berkenaan terpancar. Isu ini menjadi perhatian netizen yang kebanyakannya tertanya-tanya dan mula membincangkan keselamatan kad bank masing-masing. Namun dakwaan ini disangkal oleh laman web amanz.my yang mempunyai penjelasan dengan maklumat yang terperinci. Berikut penjelasannya: 1. Aplikasi ini bukan direka untuk menggodam tetapi sebagai aplikasi analisis yang mampu membaca maklumat daripada kad tersebut. 2. Maklumat yang diperolehi melalui aplikasi: a. Nombor kad debit/kredit anda b. Tarikh luput kad c. Transaksi terkini (sekitar dua minggu) d. Log yang dipenuhi dengan kod unik Umumnya, tiga maklumat yang diperlukan untuk membuat pembayaran online iaitu: 1. Nombor kad debit/kredit anda 2. Tarikh luput kad 3. Nombor CVV (nombor 3 digit di belakang kad) Berita baiknya adalah aplikasi tersebut tidak mampu memperolehi nombor CVV iaitu nombor yang tertera di belakang kad. Walau bagaimanapun dengan penggunaan 3 digit nombor, ia masih ada kemungkinan untuk diteka di bawah 999 kali. Aplikasi tersebut memerlukan penggunanya meletakkan kad betul-betul di belakang telefon bagi mendapatkan maklumat kad tersebut, sekali gus menafikan dakwaan kononnya penjenayah boleh mencuri maklumat kad debit/kredit dalam jarak 1-5 meter. Jika diletakkan jauh, ini yang akan muncul, Selain itu, setiap transaksi yang dijalankan memerlukan kita untuk memasukkan kod yang dihantar kepada telefon. Perkara ini menyukarkan penggodam untuk meneruskan transaksi disebabkan ketiadaan akses secara fizikal kepada telefon pintar anda. Setiap transaksi juga akan dimaklumkan melalui SMS dan jika kad debit digunakan diluar pengetahuan, pengguna boleh segera menghubungi pihak bank bagi memaklumkan perkara tersebut. Jadi dengan penjelasan yang diberi sudah terbuktilah yang kad debit atau paywave yang dimiliki setiap pengguna adalah selamat. Jadi jangan memandai-mandai membuat spekulasi sendiri dan usah percaya dengan informasi yang tidak benar. -CARI
|
22
Bagus |
22
Marah |
13
Terkejut |
23
Sedih |
17
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manehnya replied at 18-1-2017 02:47 PM
payah lah, simpan bawah bantal payah, simpan kt bank pun payah!!!
apa nama sarung kad anti gelomb ...
bobo_beck replied at 18-1-2017 03:31 PM
org dulu2 simpan celalh nenen payah org nk curi... sbb bile nk curi nmpak nenen dipilih nenen dulu ...
bobo_beck replied at 18-1-2017 03:31 PM
org dulu2 simpan celalh nenen payah org nk curi... sbb bile nk curi nmpak nenen dipilih nenen dulu ...
Nt-ViruS replied at 18-1-2017 02:16 PM
3rd world country macam malaysia memanglah bengap sikit
FMKiller replied at 18-1-2017 03:28 PM
dekat oversea, dah ramai orang demo macam mana nak dapatkan detail credit card tu. Bukan pakai apps, ...
Changa replied at 18-1-2017 08:49 AM
chip nak replicate lagu mana sister?
setiap transaksi ada code unique yand di generate kekdahnya ...
WhiskeyScotch replied at 18-1-2017 04:53 PM
That's why sis. I pun terfikir benda yang sama. Nak replicate chip macammana?
Changa replied at 18-1-2017 08:57 AM
akak syak unique code itu based on secret key yand dah tied up dengan card kita, not really dari c ...
ADVERTISEMENT