Kejayaan dan populariti yang dikecapi artis baharu seperti Aiman Tino dan Sufian Suhaimi nampaknya mencipta fenomena tersendiri di kalangan peminat. Mengulas tentang perkara ini penyanyi Khai Bahar menafikan yang dia berasa cemburu dengan pencapaian para artis seangkatannya itu. "Saya anggap itu semua rezeki yang sudah ditentukan, tapi saya bersyukur single pertama saya Bayang tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada pendengar. Cuma rezeki saya belum sampai untuk beraksi di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu," ujarnya kepada mStar Online. Lagu nyanyiannya berjudul Bayang tidak dapat menyaingi lagu rakan seangkatannya seperti Aiman Tino yang popular dengan lagu Rela Ku Benci dan Sufian Suhaimi dengan lagu Terakhir. Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 23, menganggap kejayaan kedua-duanya itu merupakan rezeki bagi mereka kerana sambutan luar biasa terhadap lagu masing-masing. Baginya artis-artis baharu adalah persaingan sihat bagi dirinya dan langsung tidak menjejaskan kerjayanya. "Saya berada dalam industri ini bukan sebab nak popular sahaja, saya hanya ingin tunjukkan bakat. Jadi, saya tidak rasa terjejas pun jika munculnya penyanyi-penyanyi baru,” tambahnya. Baguslah jika mempunyai pemikiran begitu, jangan risau kerana rezeki sudah ditentukan dan apa yang perlu dilakukan hanyalah berusaha dengan lebih keras, okay? -CARI
|
19
Bagus |
8
Marah |
19
Terkejut |
17
Sedih |
16
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
buragazz replied at 18-1-2017 10:34 AM
Dah ko overexpose mana tak orang muak... si shukri supian dengan Herman Tino tu takde la dok menempe ...
putehkundor replied at 18-1-2017 02:31 AM
sendu la sikit anak hekan @d_dalia semenjak dua menjak ni.
lain nya muka dia yg pakai songkok tu ...
terpaku replied at 18-1-2017 10:35 AM
mungkin kalau masuk tiub merah baru nama heshe meletopzz kembali?
buragazz replied at 18-1-2017 10:39 AM
Tube Merah.. seantero dunia chuols...
d_dalia replied at 18-1-2017 10:38 AM
sendu2 pun tetap jadi wajah kesayangan hamba gittew..
busuk sgt ke heshe kak teh?..
putehkundor replied at 18-1-2017 02:44 AM
heshe tak busuk....meols selalu cakap akim tu busuk
sbb gambar bawah tu macam akim.
ADVERTISEMENT