Pelakon kacak, Zul Ariffin sudah jemu dengan asakan pertanyaan tentang hubungan cintanya dengan pelakon cantik, Zahirah Macwilson. Dia kini memilih untuk mengunci mulut apabila ditanya tentang status percintaan antara mereka berdua yang didakwa sudah pun berakhir. “Maaf, saya tidak akan buka mulut soal peribadi. Bukan mengada-ngada atau mahu berahsia, tetapi bagi saya kisah peribadi hanya akan buat kerjaya saya jadi sukar," jelasnya kepada Harian Metro.
Bintang yang membintangi drama M.A.I.D ini perlu menjaga hati pihak yang mengambilnya sebagai duta dan cerita sebegini hanya akan membuatkan mereka tidak selesa. “Lagipun saya sudah letih apabila sering diajukan pertanyaan mengenai kisah peribadi sejak dua tahun lalu. Cukup-cukuplah saya dihimpit pelbagai kontroversi.” Zul tidak mahu lagi ambil peduli tentang andaian sesetengah pihak tentang spekulasi Zahirah bukan lagi kekasihnya. “Apapun yang berlaku di antara kami, saya tetap dengan pendirian untuk mengunci mulut. Saya tidak kisah dengan apa sahaja andaian orang. Fokus saya kini hanyalah pada kerjaya dan akan berusaha melakukan yang terbaik." Tambahnya lagi dia sudah lama memasang niat untuk berkahwin namun masanya masih belum sampai lagi dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Illahi. Sama-samalah kita doakan supaya pelakon kegilaan ramai wanita ini supaya cepat-cepat bertemu jodoh ya. -CARI
|
22
Bagus |
25
Marah |
19
Terkejut |
19
Sedih |
12
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT