CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kaki Kencing Menyamar Jadi Rakan Di Whatsapp, Tipu Wang Sekelip Mata

17-1-2017 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11840| Komen: 27|Original author: Oleh: Adib Za


Pelbagai cara mereka yang 'kaki kencing' lakukan demi mendapatkan duit daripada mangsanya. Sehingga sanggup menyamar jadi rakan terdekat mahupun ahli keluarga anda! 


Ya, bayangkan seseorang yang menghantar pesanan Whatsapp kepada anda dan mengaku dia adalah rakan lama anda, adakah anda akan mempercayainya atau tidak?


Kisah seorang netizen ini yang ditipu melalui cara atau modus operandi sama seperti yang disebutkan di atas harus dijadikan teladan dan pengajaran buat semua. 

Memang si penipu menggunakan cara yang paling licik namun ingat, bila ingat melibatkan sesuatu yang berharga seperti wang atau pun harta anda, maka haruslah berhati-hati dan jangan mudah setuju. 


"Kak zera baru lepas kena tipu dengan scammer duit RM460. Dia sangat liciklah. Benda yang kita tak sangka sangat2 boleh terkena. RAMAI DAH YANG KENA dengan orang yang sama dalam bulan ni.

"Cara dia adalah menyamar sebagai org yang kita kenal. Pakai Watsapp letak gambar orang yang dia menyamar tu. Dan alasan dah tukar no fon," netizen ini berkongsi kisah tersebut di laman Facebook. 

Tanpa menjangkakan diri ditipu begitu mudah, duit wanita lenyap begitu sahaja. Sehinggalah dia berasa tidak sedap hati dan mula menyiasat siapakah pemilik nombor telefon itu sebenarnya. 


"Barulah akak gi group Watsapp exhousemate Akk tanya no Yana. Diorg cakap mana ada Yana tukar fon no. Huwaaaa masa ni baru aku sedar memang aku kena tipuuuuuu.

"Celaka betul la penipu2 ni mmg Nak duit mudah. Tak selamat lah hidup. Tipu lah cakap tak sakit hati duit hilang RM460 camtu je tapi Takpe lah mungkin ada sebab akak yang kena," katanya lagi. 


Berikut pula merupakan komen dari kalangan netizen yang turut berkongsi kisah berdasarkan kisah tersebut. 


Yang pastinya terlalu banyak cara bagi penjenayah untuk menipu mangsanya pada masa ini. Penting untuk bersikap waspada sepanjang masa bila melibatkan transaksi wang yang besar-besar ini. Moga si penjenayah bakal mendapat balasan tidak lama lagi! - CARI 
 
12

Bagus
6

Marah
13

Terkejut
16

Sedih
18

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 17-1-2017 10:38 PM
buat report polis je. pastu tunggu lah bertahun  utk settle if polis n pihak berwajib buat keje betul2
Quote Diamje 18-1-2017 01:01 AM
Tp licik betul kan.. kalau aku pun, aku x tau itu scam sbb dgn gambar dan butir perbualan pon die boleh tiru. Bertabahlah...
Quote awaynepian 18-1-2017 06:57 AM
Kagum gak cara dia ....konon kenal btl ngan akak ni...kesian akak ni..bkn rezeki akak la duit tu..
Quote Rajawali 18-1-2017 07:27 AM
Percaya sangat dgn jualan online makline ni,hadap aje lah kena tipu akak oii..
Quote chinta89 18-1-2017 08:17 AM
semoga tertangkaplah si penjahat ni
Quote red_cattleya 18-1-2017 08:19 AM
mcm2 cara dh skrg neh..
Quote tayam 18-1-2017 09:40 AM
mcm2 org buat skrg ni..nk kaya dgn mudah
Quote chacon 18-1-2017 09:49 AM
cekpit betul perangai
Quote aTiKah_aYuNi 18-1-2017 10:26 AM
nak menipu pon gigih stalk fb org tu....

pjg akal betol..
Quote fish 18-1-2017 10:27 AM
kawan aku kena jg ni... 300 lebih melayang.
menyamar jd saudara, guna gmbr saudara, siap guna nama gelaran lg tu
gmbr kat wasap curi dr fb. mesti dia dah stalk fb saudara tu sbb tau nama gelaran (tak sama dgn fb)
Quote mamapea 18-1-2017 10:52 AM
org yg pandai menipu mmg dia btl2 licik...aku pun dh terkena dgn sedara sndr
Quote matchstick 18-1-2017 11:07 AM
byk duit dlm akaun bank akak ni..
aku kalu kena gini waktu ujung2 bulan, org tu ckp dh bank in duit dlm akaun aku, mtk aku transfer ke akaun lain, x perlu risau. bank akan segera alertkan aku dan bgtau baki akaun anda tidak mencukupi masa ni dh tau dh 'kawan' tu tipu je kata dh bank in duit
Quote vanillaninja 18-1-2017 11:59 AM
Definitely akak ni bukan the only victim 'Yana' ni. Bertabahlah.
Quote krustykrab 18-1-2017 12:15 PM
matchstick replied at 18-1-2017 11:07 AM
byk duit dlm akaun bank akak ni..
aku kalu kena gini waktu ujung2 bulan, org tu ckp dh bank in duit ...

agaknya tu akaun yg die berurusan dgn customers dia, so byk la duit dlm tu customers bankin....

bahaya tul kan....so moral of the story, kalau nak sembang dgn sedara , kawan  better kat WA atau chat 1-1 je la

Quote EvieWanKenobi 18-1-2017 02:05 PM
tak berapa faham la citernya..
Quote intan_smsb 18-1-2017 02:27 PM
penipu o9 ni memang licik uols payah nak tangkap so hati2 je la wat transaction o9 pastikan benar2 trusted seller
Quote abas8888 18-1-2017 02:41 PM
kalau naikkan security kat fb tu, orang luar takleh baca conversation kita..
Quote nut.legacy 18-1-2017 03:27 PM
byk je org saiko mcm ni.. nk menipu.. licik sgt2
Quote nut.legacy 18-1-2017 03:27 PM
byk je org saiko mcm ni.. nk menipu.. licik sgt2

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.056308 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top