CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gagal Ke Ipta Kini Boleh Ke Uitm

12-8-2013 12:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23381| Komen: 256



Sumber: SebastianPhiu

SHAH ALAM – Pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang tidak diterima masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berpeluang mengikuti program diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Naib Canselornya, Prof Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, tawaran itumembolehkan pelajar terbabit mengikuti program diploma di mana-mana kampus UiTMdi seluruh negara dengan kelonggaran syarat.

“Mereka boleh merayu dengan menghantar surat rayuan secara terus kepada saya di pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam dengan menyertakan keputusan peperiksaan yang diperolehi,” katanya di sini, Ahad.

Sahol Hamid berkata, tawaran itu diberikan selepas beliau menerima banyak surat daripada pelajar lepasan program matrikulasi, asasi dan STPM yang merayuuntuk mengikuti program ijazah di UiTM selepas gagal memasuki IPTA lain berikutan tidak melepasi syarat dikenakan mengikut sistem merit.

Beliau berkata, pelajar dengan kelulusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.0 ke atas akan diberi pertimbangan untuk pengecualian beberapa mata pelajaran atau dengan pengurangan beberapa kredit serta mungkin boleh menghabiskan program diploma dengan segera.

“Bagi pelajar lepasan STPM pula, mereka boleh membuat rayuan jika mendapatkelulusan kredit bagi lima mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat CGPA tidak kurang 2.0.

“Mereka yang terpilih juga layak untuk memohon bantuan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya.

Sahol Hamid berkata, pelajar yang kurang cemerlang pula boleh memasuki mana-mana 22 buah kolej bersekutu UiTM di seluruh negara dengan syarat mendapat keputusan minimum lima kredit termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Beliau berkata, kolej bersekutu UiTM termasuk Institut Profesional Baitulmal dan Kolej Poly-Tech MARA di Kuala Lumpur serta Kolej Poly-Tech MARA Bangi dan Kolej Teknologi Timur di Sepang.

Sahol Hamid berkata, jika pelajar terbabit masih mahu mengikuti program ijazah, mereka boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan tempat bagi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau program Luar Kampus (PLK) dengan pengecualian syarat pengalaman kerja selama setahun.

Beliau berkata pada masa ini, pemohon yang ingin mengikuti program PJJ atau PLK perlu mempunyai pengalaman kerja selama setahun atau dua tahun, bergantung kepada kursus yang dipilih.

Sahol Hamid turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa piawaian sesebuah institusi pengajian tinggi akan jatuh sekiranya membuka peluang kepada pelajar yang menerima keputusan peperiksaan rendah.

Beliau berkata, andaian itu adalah kurang bijak serta mementingkan diri sendiri.

“Kalau bangsa lain berusaha membantu bangsa masing-masing, tidak salah sekiranya UiTM berusaha untuk membantu bangsa Melayu,” katanya sambil mengingatkan pelajar yang ingin membuat rayuan supaya berbuat demikian dengan segera jika ingin mengikuti pengajian sesi baru yang bermula September ini.


11

Bagus
10

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 12-8-2013 12:43 PM
mana pergi jambang sahol?
Quote pakwetizzaqyah 12-8-2013 12:53 PM
dengarnya DS Najib nk bagi India masuk uitm
Quote kakiputaralam 12-8-2013 01:43 PM
Suka le tu keling estet
Quote ezacbee 12-8-2013 01:44 PM
Lebatnya rambut dia..
Quote zehra2 12-8-2013 01:44 PM
isk, bukan dulu2 mmg mcm ni ke?
mmg ada beberapa course kat uitm mmg ndak stpm kan.. mcm mass com/law
Quote Parit.Hilton 12-8-2013 01:52 PM
hahahahahahahah UiTM

sorry la ex student UiTM, aku memang pandang rendah sikit dengan lepasan uni ni.
Quote milo_888 12-8-2013 01:55 PM
kelonggaran sebegini la yang menjatuhkan dan meranapkan prestij serta kualiti universiti/graduan tempatan...

kalau tak layak tu, cari la lubang lain nak hidup... tak semua orang boleh hadap buku 24jam.... kementerian pls think out of the box... banyak lagi bidang kemahiran yang boleh diexplore
Quote widuri007 12-8-2013 01:58 PM
nk wat cmne asal uitm pn itm je..taraf kolej uni je
Quote missus_meow 12-8-2013 02:09 PM
yg paling impressive tntg nc uitm ni ialah rambutnye yg amat terletak
Quote shernazz 12-8-2013 02:12 PM
Uitm ni aku x tau la lepasan kos lain
tapi kalo lepasan hotel seni kulinari, depa lebih expert dari taylor's college atau kolej2 ternama lain....
depa kalo bg apa saja, depa boleh buat..
x mcm kolej lain, depa kene ajar dari mula....berlagak mcm depa serba tau

ini la yang laki aku kasi tau
Quote missus_meow 12-8-2013 02:12 PM
syarat kemasukan dah turun lg ... caner nak maintain kualiti ...

n kalo x masuk ipt ... x leh bjaya ke idop .... x everyone is meant for the academic life .... di uk, syarat kemasukan ke top unis diperketatkan .... di sini, makin turun ... aduyai ...
Quote kasmela 12-8-2013 02:16 PM
milo_888 posted on 12-8-2013 01:55 PM
kelonggaran sebegini la yang menjatuhkan dan meranapkan prestij serta kualiti universiti/graduan tem ...

So kalau student yg dpt masuk UKM, UM, USM atau UPM maka setelah bergraduat nanti mrk berkualiti?
Quote kecimpret 12-8-2013 02:22 PM
shernazz posted on 12-8-2013 02:12 PM
Uitm ni aku x tau la lepasan kos lain
tapi kalo lepasan hotel seni kulinari, depa lebih expert dari ...

tak juga..taylors college tu kos kulinari dia byk influence france..yg uitm ni mungkin byk lokal..kalo restoran yg menu dia lokal mmg budak2 uitm ni sesuai laa..tp kalo restoran western europe tak bape sesuai
Quote kasmela 12-8-2013 02:23 PM
missus_meow posted on 12-8-2013 02:12 PM
syarat kemasukan dah turun lg ... caner nak maintain kualiti ...

n kalo x masuk ipt ... x leh bj ...

Uitm bukan top univ. So tak mengapa lah tak ketat pun syaratnya. Di UK pun ada jugak uni yg tak top yg syaratnya tak ketat.

Quote cmf_premierleag 12-8-2013 02:23 PM
aku pros and cons utk cadangan UiTM utk approved kemasukan bdk2 yg gagal ke IPTA lain

pros : oklah, semua org layak diberi peluang ke-2...maybe ms dia masuk UiTM nanti, pehtu graduate sok, dia akan dpt job yg bagus, gaji bagus, bleh bantu tingkatkn taraf hidup family, maybe ms dia wat matriks/stpm dulu result dia teruk sbb dia stress sbb ada family matters ke (bersangka baik)

cons : kalo dah gagal tu,maybe ada hikmahla.... pi la wat bende lain lak spt join Institut Kemahiran Belia , blajo baking, menjahit, blajo kemahiran vokasional spt keje2 bengkel ke, pastu bleh bukak bisnes sendiri..gittuh
Quote shernazz 12-8-2013 02:26 PM
kecimpret posted on 12-8-2013 02:22 PM
tak juga..taylors college tu kos kulinari dia byk influence france..yg uitm ni mungkin byk lokal.. ...

laki aku bahagian western bang...
bukan local cuisine...
depa x melepasi tahap yang laki aku nak...
uitm not bad...
Quote kecimpret 12-8-2013 02:28 PM
shernazz posted on 12-8-2013 02:26 PM
laki aku bahagian western bang...
bukan local cuisine...
depa x melepasi tahap yang laki aku nak ...

mungkin western english style kot..tu yg budak2 taylors slow nak pikap..cuba kalo western france, sure laju jer
Quote freebird 12-8-2013 02:28 PM
tahap tong sampah je uitm ni...
nak tolong melayu, kan?
Quote missus_meow 12-8-2013 02:30 PM
kasmela posted on 12-8-2013 02:23 PM
Uitm bukan top univ. So tak mengapa lah tak ketat pun syaratnya. Di UK pun ada jugak uni yg tak to ...

btl tp xde or kuranglah nilai graduan uitm ... org nk yg tbaik ...ni asalkan dpt masuk uni udahlah ... n kalo dah kurang kualiti uni nye, agaknye sape aje yg nk ke sana ...

Lihat semua komen(256)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061410 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top