Selama hampir lima tahun menyulam cinta, akhirnya penyanyi kesayangan ramai, Hazama Azmi,33 sudah sah bergelar suami kepada pemuzik, Genervie Kam, 37. Pasangan ini diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah vila di Gombak dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Genervie menerima mas kahwin sebanyak RM300. Tidak mahu mengadakan majlis secara besar-besaran, Hazama lebih memilih untuk disatukan dengan mengutamakan perkara wajib seperti yang dituntut agama sahaja.
"Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib saja. Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran," katanya kepada BH Online. Pelantun lagu Penglipur Lara ini juga tidak mahu tertekan untuk memikirkan soal berumahtangga kerana ingin fokus kepada Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) yang bakal berlangsung 22 Januari ini. Nampaknya sekarang memang musim artis berkahwin dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini. -CARI
|
23
Bagus |
10
Marah |
11
Terkejut |
18
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
entah789 replied at 15-1-2017 11:53 AM
Tahniah Hazama! Finally..alhamdulillah
kiss_darr replied at 15-1-2017 11:47 AM
Terbaca kat instagram Meletop, gambar Hazama dah kawen, Akim jd saksi...
ADVERTISEMENT