Sedia maklum, semakin popular seseorang artis, semakin tinggi tekanan yang perlu diterima daripada pelbagai pihak khususnya peminat.
Bukan sahaja tekanan kerja, malah cakap-cakap yang disebarkan melalui laman sosial oleh peminat yang mungkin boleh memberi gangguan emosi dan mental sekiranya seseorang artis itu mudah dipengaruhi. Terbaru, memetik laporan Koreaboo, Rabu lalu pelakon popular dari Korea, Kim Yoo Jung dimasukkan ke hospital selepas terlalu tertekan dengan kecaman peminat di laman sosial. Dilaporkan juga, pelakon ini mendapatkan rawatan selepas keadaannya semakin parah dan menunjukkan gejala stres yang teruk. Pelakon ini dikecam selepas muncul pada majlis tayangan perdana sebuah filem dan dianggap melakukan perkara yang tidak sopan ketika berada di khalayak.
"Kim Yoo Jung menunjukkan gejala stres yang teruk dan dia perlu mendapatkan rawatan segera. Segala kegiatan seninya terpaksa dibatalkan buat sementara waktu," ujar pengurusannya. Pelakon wanita itu dikatakan bermain dengan kukunya ketika berada di pentas sehingga membuatkan penonton kurang senang. Bagaimanapun, dia telah meminta maaf dan menyesal dengan perbuatannya itu.- CARI |
17
Bagus |
33
Marah |
27
Terkejut |
39
Sedih |
34
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-LTS replied at 14-1-2017 03:39 PM
Sedia maklum, semakin popular seseorang artis, semakin tinggi tekanan yang perlu diterima daripada ...
Changa replied at 14-1-2017 03:42 PM
who are yus????
nenek akak masu spital nanti pun akak buka thread jah
cHimo replied at 14-1-2017 04:16 PM
Nasiblah korean yang hencap.. Kalau kena hencap acik2 kepam kat sini terus sewel kot..
siputsedut replied at 14-1-2017 07:24 PM
Korean hencap lg teruk kot sis....
ADVERTISEMENT