Selepas insiden menakutkan kehilangan anaknya, Zakira Talita Zahra, 3 tempoh hari penyanyi Siti Sarah nekad untuk melakukan sesuatu bagi membendung kejadian serupa berulang.
Memetik laporan Berita Harian, Sarah kini menggunakan abah-abah keselamatan atau harness bila membawa anak keluar berjalan atau bersiar-siar. "Biarlah apa orang kata kerana yang penting keselamatan anak-anak saya. Saya tidak mahu membawa anak keluar tanpa bantuan 'harness'. Saya enggan mengambil sebarang risiko lagi. "Saya akui salah saya kerana tidak mengambil langkah keselamatan sebegini lebih awal lagi. Sukar untuk saya gambarkan insiden cemas yang berlaku dalam sekelip mata itu. Alhamdulillah anak saya, Talita ditemui dalam keadaan selamat di stesen monorel berdekatan. "Mustahil anak saya yang berusia tiga tahun boleh keluar sendiri dari pusat membeli belah dan menuju ke stesen monorel. Namun, saya tidak dapat mengumpul butiran lanjut kerana kelemahan televisyen litar tertutup (cctv) di premis berkenaan," terangnya. Benar kata Sarah, yang penting keselamatan anaknya terjamin dan bukannya kata-kata negatif orang lain yang diambil berat. - CARI |
35
Bagus |
23
Marah |
23
Terkejut |
21
Sedih |
29
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
gadiz replied at 12-1-2017 12:31 PM
Mana nk cari harness ni ye?
mrsT replied at 12-1-2017 12:50 PM
ahah... maner nak carik errkk
ADVERTISEMENT