Selamat hari jadi Datuk Siti Nurhaliza! Wah, istimewa betul hari ini kerana ada sedikit kelainan. Bukan sahaja meraikan ulang tahun kelahirannya ke-38, malah Siti turut menghiburkan peminat dengan menjadi deejay.
Penyanyi tersohor tanah air itu diberi slot khas di stesen radio Hot FM sebagai penyampai undangan istimewa iaitu slot 'Datuk Siti Nurhaliza Take Over' atau #CTTakeOverHot mulai jam 10 pagi tadi sehingga 12 tengah hari. Pertama kali bersiaran sebagai penyampai radio, Siti juga berkongsi serba sedikit mengenai kisahnya sebagai anak seni yang perlu mengekalkan usaha dalam mengorak kejayaan demi kejayaan. "Anugerah yang diterima lebih kepada pemberi semangat kerana ia bukan mudah untuk dikekalkan.
"Siti anggap ia permulaan baharu dan peluang memperbaiki kekurangan diri. Kesetiaan dan kepercayaan peminat adalah suatu amanah buat saya," katanya ketika bersiaran sebentar tadi. Bukan itu sahaja, momen indah saat memenangi 250 anugerah selama 20 tahun menjadi penghibur turut dikongsi bersama peminat. Ada pendengar radio Hot FM tak di sini? Bagaimana dengan penyampaian Siti ketika menjadi deejay sebentar tadi? 'Best' tak? - CARI
|
13
Bagus |
20
Marah |
17
Terkejut |
17
Sedih |
4
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cupu replied at 11-1-2017 04:40 PM
ala...tlepas...smlm dgr iklan kemain set dlm dgr hotfm pg ni...
ADVERTISEMENT