CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selalu Rimas Dalam Penerbangan? Pramugari Ini Dedah Cara Mahu Selesa

11-1-2017 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8165| Komen: 26|Original author: Oleh: Myra Rozi

Foto: Travelsecrets.wordpress.com

Memang tidak dapat dinafikan sekarang ramai di kalangan kita akan berasa serabut hingga sakit kepala dibuatnya bila mahu menaiki kapal terbang.

Manakan tidak, dengan barisan keselamatan yang panjang, penerbangan tertangguh atau pelbagai perkara lain boleh menjadikan seseorang itu menjadi penat dan berasa marah.

Namun ia bukanlah alasan untuk bersikap kurang ajar terhadap pada krew kabin atau sesiapa sahaja di sekeliling. Berikut tips yang didedahkan oleh pramugari sendiri tentang bagaimana mahu mendapatkan pengalaman penerbangan yang terbaik.

Foto: traveller.com.au

1. Tolong bersopan-santun
Krew kabin biasanya akan memberikan servis yang terbaik untuk para penumpang namun kadang-kadang terdapat beberapa perkara yang di luar kawalan mereka. Contohnya, ada penumpang yang melenting sekiranya makanan yang diminta sudah kehabisan stok, atau internet di dalam pesawat tidak berfungsi dengan baik. Apa yang diperlukan untuk menghadapi situasi sebegini adalah kesopanan dari kedua-dua belah pihak untuk mewujudkan 'mood' yang baik.

2. Utamakan keselamatan
Sesetengah dari penumpang kapal terbang suka sangat mengambil beg atau barangan mereka yang diletakkan di atas rak di bahagian atas kepala semasa pesawat sedang bersedia untuk berlepas. Mereka juga tidak mengikat tali pinggang keselamatan dan berlegar-legar di bahagian dapur pesawat. Perbuatan ini boleh mengundang bahaya, misalnya kaki tertimpa barangan berat dan sebagainya, jadi sebaiknya elakkan.

Foto: www.travelandleisure.com
3. Bawa 'Amenity Kit'
Biasakan untuk membawa sendiri kotak barangan peribadi yang mengandungi pelbagai benda penting untuk diri anda. Contohnya bantal leher dan selimut untuk memastikan anda sentiasa selesa sepanjang perjalanan. Bawa juga losyen, pelembap bibir dan barang kecantikan yang lain untuk memelihara kulit dari menjadi kering.

4. Bawa makanan kegemaran sendiri
Kadang-kadang bila dalam penerbangan, kita akan berasa selalu lapar dan tidak puas dengan makanan yang disajikan. Puaskan nafsu makan anda dengan snek yang dibawa sendiri seperti buah-buahan, 'protein bar' dan sandwich.

Jadi bagi anda yang biasa mengembara atau baru pertama kali mahu menaiki pesawat, bolehlah praktikkan tips yang diberi ya? -CARI
16

Bagus
15

Marah
23

Terkejut
35

Sedih
29

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 11-1-2017 03:02 PM
ingatkan tips yg owesome.. ni tips2 biasa je..
Quote Star_el 11-1-2017 03:04 PM
lorr ingat tip mcm sudut rendahkan kerusi yg plg selesa ke hape.
Quote tagas 11-1-2017 03:19 PM
Hello we pay ur salary hokey
Quote Artemesiaa 11-1-2017 05:16 PM
Tak ada tips luar biasa pun tapi hanya sekadar tips2 biasa je
Quote otomatic_prince 11-1-2017 05:25 PM
oh ok la tips ni..nk tips luar biasa camne lg hahaha
Quote cik-jaja 11-1-2017 06:08 PM
seat flight xbest..tegak je
Quote drivethru 11-1-2017 07:37 PM
Aku lebih selesa kerusi di tegakkan. Walaupun seat belakang xde orang, aku xkan turun kan seat. Mmg x selesa. Kalau tegak tu rasa lebih relax.
Quote missus_meow 11-1-2017 08:42 PM
biasa2 jak. yg no 1 tu lbh pk pasal dorang, bkn psl keselesaan penumpang. anyways, nk dilayan dgn baik, belilah tiket biz/first class. dok ekon, omputih kata cattle class.
Quote WhiskeyScotch 11-1-2017 09:14 PM
Ceh!!! Ingatkan ada tips-tips yang istimewa sikit.
Quote matchstick 12-1-2017 12:42 AM
Polisi air asia no outside food..so no.4 x boleh pakai utk penumpang flight pprt AA
Quote sara_thrash 12-1-2017 02:02 PM
sara prnh naik flight dok sebelah pakcik indo yg pakai minyak atar yg bagi sara mak aaaaiiii busuk nya pastu kuat gile.. dari lombok ke kl menahan bau tu sampai sakit kepala.. so 1 tips, klu naik pgangkutan awam jgnlah pakai perfume yg bau kuat sgt..
Quote Emperor95 12-1-2017 03:47 PM
Tiada apa2 yang menarik.
Quote siskepoh 12-1-2017 06:13 PM
baca jelah. hek elee sume kecoh.
Quote ctsueraya 13-1-2017 11:00 AM
yang no 4 tu iols pernah buat dalam flight AIR ASIA beb masa first time naik flight- bawak MACD uols ---> sebabnye lapo yahamats

yang no 1 :- rasanya iols tak pernah plak kuang ajaq dengan pramugara/pramugari/pramusaji/ pelayan kat memana (kalau ada iols mintak maap dek non)

yang no  2 dan 3 : wajib buat, iols akan ikut arahan sepanjang naik flight, suh pakai belt aku pakai, suh bukak aku bukak, suh turn off hp aku off.

no 3 tu asal sampai je destinasi startlah aku berbedak dan berlipstick uols (memang gegurl sgt ahkak)
Quote ctsueraya 13-1-2017 11:29 AM
siskepoh replied at 12-1-2017 06:13 PM
baca jelah. hek elee sume kecoh.

bagiklah sokongan sket kat BBNU
Quote EncikRhoma 13-1-2017 03:17 PM
bukan tak boleh bawak makanan luar dalam flight ke?
Quote qriecy 4-2-2017 08:41 PM
kita slalu je bawak cuma x obvious sngat laa.. letak dalam paper bag.. bawak mcd. kfc.. nasi goreng mak masak.. mcm2 aish.. . kawan kita bawak kfc satu barrel.. relax je lepas plak.. p london time tu.

jenuh tau nak membeli kalau dalam airasia..
Quote Kahla 5-2-2017 12:42 AM
Lorrrrrr tips biasaaaaa sgt
Quote eenhemo2 5-2-2017 04:32 AM
Petua een.. masuk flight, terus pakau seat belt, baca buku barang selai dua, tido..

Bangun bila time serve makanan & bila dah landed. & kalau terdesak sgt, baru bangun p toilet..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.040260 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top