Kanak-kanak dan juga permainan tanah liat play dough memang sukar dipisahkan. Ia memang baik untuk membuat mereka berasa gembira, selain mengembangkan lagi kreativiti masing-masing.
Namun, harus diakui play dough ini mudah bercampur dan menyebabkan ia tak menarik lagi. Ini tidak termasuk bila ia mula mengering dan mengeras. Sebelum anak merengek untuk play dough yang baharu, jangan risau sebenarnya anda boleh membuat sendiri permainan ini tanpa mengeluarkan belanja yang besar. Yang penting ia tahan lebih lama dan selamat untuk anak-anak, kan! Jom cuba resipi play dough yang mudah ini, dipetik daripada blog hazrinanasir.com: Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum 1 cawan garam 1 sudu besar serbuk cream of tartar 2 sudu besar minyak 2 cawan air Cara-Cara 1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau adunan. 2. Letakkan atas api perlahan. 3. Sentiasa kacau adunan hingga kenyal hampir-hampir macam dodol. 4. Padamkan api dan biarkan sejuk sikit. 5. Bahagikan doh dan uli ikut warna kesukaan. 6. Boleh terus main dan simpan dalam peti ais supaya tahan lama. - CARI |
8
Bagus |
14
Marah |
19
Terkejut |
12
Sedih |
14
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sabar_sabariah replied at 10-1-2017 08:50 AM
owh!! boleh buat ni
ituhari aku tengok anak aku main ngan kazen dia
kemain suka
ADVERTISEMENT