CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu 'Mati' 40 Tahun Lalu, Pulang Ke Rumah

7-1-2017 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6496| Komen: 21


Dua beradik perempuan di India, baru-baru ini terkejut besar apabila ibu mereka yang disangka meninggal dunia 40 tahun lalu, tiba-tiba muncul di depan pintu rumah mereka.


Ibu mereka, Vilasa, 82, dipatuk ular tedung hitam pada tahun 1976 ketika dia berusia 42 tahun, apabila dia sedang memberi makan kepada haiwan ternakannya.


Sumber foto: http://www.myjoyonline.com
 
Keluarganya segera berjumpa dukun untuk mendapatkan rawatan, namun gagal membuang bisa ular itu sehingga Vilasa akhirnya jatuh pengsan.

Disangka meninggal dunia, keluarga Vilasa membungkus ‘mayat’ Vilasa di atas rakit sebelum dilepaskan di Sungai Ganges dengan harapan upacara itu dapat menghidupkan Vilasa semula.


Mereka percaya Sungai Ganges yang dianggap suci mampu mengeluarkan bisa racun dari tubuh mangsa yang mati akibat dipatuk ular. Malah, ada yang percaya ia mampu menghidupkan mereka kembali.

Rakit berkenaan dibawa arus hingga ke sebuah kampung di mana Vilasa ditemui sekumpulan nelayan dan apabila menyedari wanita itu masih hidup, mereka membantu merawatnya.

Bagaimanapun, Vilasa didapati hilang ingatan selepas kembali sihat. Malah, dia langsung tidak mengenali dirinya sendiri termasuk  asal usulnya.

Lantaran itu, dia menetap di sebuah kuil selama 40 tahun, namun sekitar bulan lalu, ingatannya beransur pulih dan memaklumkannya kepada seorang gadis di kuil berkenaan mengenai kisah lampaunya.

Selepas memaklumkan kepada bapa saudara gadis itu, Chetram, 82, yang kebetulan mengenali penduduk kampung Vilasa serta turut menghadiri upacara ‘pengebumiannya’, lelaki berkenaan terus menghubungi keluarga Vilasa.

“Chetram menghubungi kami dan menceritakan apa yang berlaku,” kata Anak sulung Vilasa, Ram Kumari kepada The Times Of India.

Adik Ram Kumari, Muni memberitahu, mereka sekeluarga sangat terkejut dengan penemuan Vilasa.

“Mereka membawa ibu kami pulang dan memang kami amat terkejut, namun kami tahu itu memang dia berdasarkan tanda lahirnya,” katanya. - CARI

30

Bagus
21

Marah
19

Terkejut
21

Sedih
21

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (126 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 7-1-2017 01:17 PM
jahatnya org masih hidup letak atas rakit lepas tu lupa ingatan.

kak pernah hilang ingatan masa kemalangan dulu.  sampai lupa password masuk cari forum. 3 hari lepas tu ok semula
Quote cha-cha 7-1-2017 01:35 PM
Wonly yin Yindia. So magical! Va Va Va!
Quote M.Rose 7-1-2017 01:49 PM
Sebijik macam citer hindi/tamil movie. Ada jugak berlaku di alam nyata.
Quote mrizumi 7-1-2017 01:53 PM
Panjang umur nenek ni..nasib baik ingtn dh pulih boleh balik jmpa kluarga sndri..tp family pun satu hal..ikhtiar la cara lain..nasib baik diorg bungkus n hanyut kn je..kalau terus bakar,tanam..xpsl2 je pdhl hidup lg time tu..
Quote tagas 7-1-2017 02:07 PM
Bleh bikin filim tamil ni mcm punya story la

ammak
Quote enchikfitz 7-1-2017 02:10 PM
CiliPadiSedap replied at 7-1-2017 01:17 PM
jahatnya org masih hidup letak atas rakit lepas tu lupa ingatan.

kak pernah hilang ingatan masa  ...

Hilang ingatan x pe, jangan fail math sudah  
Quote dewinter25 7-1-2017 02:24 PM
cha-cha replied at 7-1-2017 01:35 PM
Wonly yin Yindia. So magical! Va Va Va!

Hahahahhhh
Quote saladin780 7-1-2017 02:28 PM
menarik citer acik nih..sebijik mcm filem hindi
Quote FARRAZOOL 7-1-2017 02:29 PM
Sungai Ganges suci n keramat???Omg
Quote WajibulGhunah 7-1-2017 03:03 PM
FARRAZOOL replied at 7-1-2017 06:29 AM
Sungai Ganges suci n keramat???Omg

Itu la yg suci bg mereka

Fefeeling saitan nirajim pulokkkk
Yg indahnya apabila bnde tu kotor dan begitu la sebaliknya
Quote mirmo_19 7-1-2017 05:48 PM
Ni mcm lebih kurang movie finding dory pon ada
Quote LavaUollss 8-1-2017 02:05 AM
enchikfitz replied at 7-1-2017 02:10 PM
Hilang ingatan x pe, jangan fail math sudah

So whaaattt?? aku fail math masa spm. Lepas tu aku ambik paper julai terus dapat B+... So what!!??
Quote mdhelmi 8-1-2017 09:37 AM
1976 xbyk klinik lagi
Quote chinta89 8-1-2017 10:26 AM
boleh buat drama ni. kompem meletOp.

list pelakon agak2 sape yg bsesuaian?
Quote samasam90 8-1-2017 11:14 AM
CiliPadiSedap replied at 7-1-2017 01:17 PM
jahatnya org masih hidup letak atas rakit lepas tu lupa ingatan.

kak pernah hilang ingatan masa  ...

Alhamdullilah kaka. nasib baik ingat balik password.
Quote samasam90 8-1-2017 11:18 AM
LavaUollss replied at 8-1-2017 02:05 AM
So whaaattt?? aku fail math masa spm. Lepas tu aku ambik paper julai terus dapat B+... So what!!?? ...

Y BOTHER3X
Quote Artemesiaa 10-1-2017 12:52 PM
Nasib ingatannya kuat boleh balik kerumah semula
Quote kizuna80 13-1-2017 02:45 PM
Sib baik dorg tak bakar..
Quote getahspender 16-1-2017 02:20 AM
lepas 40 tahun baru ingatan dia pulih.. lama tu.. tu pun nasib baik pulih. sempat la family dia tahu dia masih hidup..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.078081 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top