Penyanyi Aizat Amdan mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari rumah ibu banya di Ampang sejak Ogos lalu. Dia berasa sudah tiba masanya untuk dia berdikari dan hidup sendiri, selain mahu bertukar angin dengan memilih Damansara Perdana sebagai tempat tinggal baharunya. "Saya pilih Damansara Perdana kerana di situ merupakan kawasan di mana ramai penggiat seni berhimpun yang dapat memberi saya inspirasi kepada karier saya," katanya kepada mStar Online. Walaupun pada mulanya dia sukar untuk menyesuaikan diri untuk tinggal bersendirian, namun lama kelamaan dia semakin selesa meneruskan kehidupan tanpa bantuan orang lain. "Alhamdulillah sejak berpindah pada Ogos lalu saya semakin selesa di tempat baru dan tetap pulang ke rumah ibu-bapa apabila mempunyai kelapangan." Tambahnya lagi, hidup berdikari mengajarnya untuk menjadi insan yang lebih bertanggungjawab. "Sebelum berpindah saya sudah minta kebenaran dan restu daripada keluarga walaupun mereka pada awalnya agak bimbang kerana saya tidak pernah tinggal seorang diri." Semoga langkah yang diambil Aizat ini membawa seribu hikmah dan dapat menghasilkan lebih banyak karya baru buat peminatnya di luar sana. -CARI
|
16
Bagus |
11
Marah |
25
Terkejut |
20
Sedih |
18
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nenasketum replied at 4-1-2017 10:29 PM
Aku suka budak ni. All the best all the time
mokcikKSKB replied at 4-1-2017 10:29 PM
Dah tua baru nkndok sendiri..
Cloudfly replied at 4-1-2017 10:44 PM
Tua ke mokcik weh..bp umo heols..
Bagus aizat selamat bdikari..cuma kredibiliti uols sedikit tj ...
hambaallah1709 replied at 4-1-2017 10:30 PM
bile aizat nak kawen?
takde gilpren lagi ke?
prettyuglybabe replied at 5-1-2017 12:03 AM
anak orang kaya kan dia?
nak berdikari pun umur dah bangka baru lepas
ADVERTISEMENT