CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Popcorn Ayam Yang Rangup, Pedas Dan Berempah

5-1-2017 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14248| Komen: 20|Original author: Oleh: Adib Za


Siapa yang tidak gemarkan popcorn ayam? Setiap butirnya bukan sahaja rangup, malah cukup segala rasa pedas, berempah dan daging yang manis. 


Anda boleh sediakan sendiri popcorn ayam dan pasti terkejut dengan hasilnya yang memang menggiurkan. Cara penyediaannya juga tidak terlalu sukar.

Pasti anak-anak tertambat dengan resipi ini. Persis makan di restoran makanan segera, namun disediakan sendiri dengan cara yang lebih sihat dan terjamin kebersihannya. 

Enak juga diambil pada waktu petang. Mari mencubanya!

Foto: Carian Internet

Bahan-bahan:

500 gm dada ayam, dipotong dadu

2 ulas bawang putih, dikisar 
½ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada hitam
½ cawan tepung gandum
2 ½ cawan emping jagung, dikisar kasar 
¼ sudu teh paprika atau serbuk cili
¼ sudu teh serbuk lada sulah 
¼ cawan mentega
2 biji telur, dipukul
3 cawan minyak masak


Cara-caranya: 

1. Masukkan ayam, bawang putih, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Ketepikan seketika.

2. Satukan tepung, serbuk paprika dan lada putih. Gaul rata.

3. Di dalam mangkuk berlainan, masukkan emping jagung.

4. Pukul telur dalam mangkuk. 

5. Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk telur hingga rata.

6. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan tepung dan sadurkan kembali dengan telur dan kemudian salut dengan emping jagung tadi.

7. Panaskan minyak masak dan tambahkan mentega ke dalamnya. Biarkan mentega cair.

8. Apabila minyak telah panas, goreng ayam sehingga bertukar warna keemasan. Ulang proses sehingga habis.

9. Toskan ayam dan sedia untuk dihidangkan. - CARI 


Kredit resipi: Zulfadreamland Blog
33

Bagus
26

Marah
25

Terkejut
29

Sedih
21

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (158 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 5-1-2017 06:00 PM
ohmaiii mmg sedap.nak buat sendiri malas. sapela nak disuro ni
Quote WhiskeyScotch 5-1-2017 07:10 PM
Sedap sangat ni. Boleh makan sambil berborak  tgk tv bersantai. Yummmyyyyy!!!!!!!
Quote dubuk 5-1-2017 07:20 PM
sedapnyaaaaaaa
Quote hareeeesah 5-1-2017 09:03 PM
Enaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!
Quote DeeHanania 6-1-2017 10:23 AM
Slalu buat...mkn panas2...
Quote samasam90 11-1-2017 01:37 AM
sedapnya

hey bro ne semakkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote cahayamataku 3-2-2017 01:14 AM
pakai tepung bestari je chuolss ! pun senang
Quote pyaarAmor 3-2-2017 09:11 AM
Senang  ya..boleh cuba nanti
Quote aie81 15-2-2017 05:02 PM
Thanks for the recipe..
Quote IxoraP 1-3-2017 12:14 PM
thank u.. nti i cuba

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.034219 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top