Ibu mana tak risau jika mendapati anaknya yang masih kecil hilang di tengah lautan orang ramai. Boleh jadi gila dibuatnya. Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin menerusi entri di laman sosial Instagram berkongsi pengalamannya mengharungi detik cemas saat mendapati anak keduanya, Zakira Talita Zahra, 4, hilang di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.
Ekoran insiden itu, Sarah akui kejadian berlaku adalah berpunca daripada kesilapannya sendiri yang lalai. "Semalam satu pengajaran dalam hidup saya. Salah ibu, ya saya akui, patutnya ibu ikat anak ibu," akuinya. Menerusi entri berkenaan, Sarah akui selepas apa yang terjadi, dia akan mengikat anaknya tanpa mempedulikan pandangan orang lain asalkan anak-anaknya selamat. Selain itu, Sarah juga berterima kasih kepada individu yang menemui dan menjaga Talita. "Terima kasih kepada puan Aisyah, staf monorel yang manjaga Talita," tulisnya. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen, malah ada juga pengikutnya yang secara kebetulan turut berada di tempat kejadian turut berkongsi pengalaman mereka menempuhi detik cemas itu. Bukan sahaja Sarah, malah ibu bapa lain pun perlu lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling apabila anak berada di luar rumah. - CARI
|
20
Bagus |
10
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lostfaith replied at 4-1-2017 08:40 AM
Aku pernah ambik budakyg hilang mak ayah n bawak e kaunter informasi.
Dalam keadaan takut n terpi ...
doublethread replied at 4-1-2017 08:55 AM
Lailahailallah...seriau weh anak hilang. Syukur jumpa!
Mohon la mak aku tak dapat info ni. Or ...
Duta lover replied at 4-1-2017 09:05 AM
Abg aku dulu pnah hilang kt chow kit. pastu org yg jumpa tu siap bawak balik umah
Sampai mak ...
ADVERTISEMENT