Siapa yang tak suka pasta? Pasti hanya sebilangan kecil sahaja yang kurang menggemari makanan berasal dari Itali itu. Malah, sering juga kita lihat ada yang memasak atau menggoreng pasta persis menggoreng mi. Dengan menggunakan rencah yang sama, hanya teksturnya sahaja berbeza.
Pernahkah anda terfikir kenapa terdapat pelbagai bentuk pasta? Bagaimana setiap jenis pasta berlainan digunakan dalam resipi? Terdapat kira-kira 350 jenis pasta di seluruh dunia dan setiap satu daripadanya diberi beberapa nama gelaran. Sebagai contoh, pasta farfalle lebih dikenali sebagai pasta “butterfly" atau “bowtie". Berikut adalah lapan jenis pasta yang paling kerap digunakan dalam masakan. 1. Spaghetti Pasta yang paling kerap kita temui, bentuknya seperti lidi panjang tanpa lubang. Sangat sesuai disajikan dengan sos bolognaise (sos tomato dengan daging cincang). 2. Fussili Dibentuk seperti lingkaran, biasanya digandingkan dengan sos berkrim bersama tomato dan kacang pea. 3. Lasagna Berbentuk lembaran tipis dengan panjang sekitar 27 cm dan lebar 5 cm yang dilapisi dengan sos tomato dan daging serta sos putih yang disusun dalam beberapa lapis. 4. Ravioli Bentuknya mirip bantal kecil, terdiri dari 2 keping pasta yang di dalamnya boleh diisi dengan daging, keju, dan sayuran, serta makanan laut. 5. Fettuccine Sejenis pasta panjang seperti spaghetti, tetapi lebih lebar. Lebih lebar pasta tersebut lebih banya telur yang menjadi bahan asasnya. Pasta yang lebih tebal seperti fettuccine lebih sesuai digandingkan dengan sos berkrim seperti carbonara. 6. Penne Berbentuk seperti paip dan berlubang di tengahnya dan dipotong serong. Terdapat dua jenis permukaan luar iaitu yang di bergaris dan rata. Ia sesuai digandingkan dengan apa jua jenis sos. 7. Macaroni Berbentuk seperti paip melengkung dan berlubang di tengahnya. Ia sesuai untuk hidangan yang dipanggang seperti macaroni bakar atau digandingkan dengan sos keju. 8. Farfalle Pasta ini sedikit unik dengan bentuknya seperti tali leher kupu-kupu. Pasta ini sering disajikan bersama hidangan salad atau sajian utama dengan sos berkrim. Boleh juga digandingkan dengan sos ringan seperti minyak zaitun, keju dan mentega. Yang mana satu pasta kegemaran anda? - CARI
|
14
Bagus |
4
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
samasam90 replied at 11-1-2017 10:31 AM
ada sesape resepi mudah buat sos bolognese x?
ADVERTISEMENT