Akhirnya selepas 17 tahun berkhidmat sebagai pramugara, Zarul Umbrella memutuskan untuk meletak jawatan bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya dalam bidang seni.
Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 43, akui sudah lama mempertimbangkan keputusan sama ada ingin terus berkhidmat dengan Malaysia Airlines atau fokus kepada kerjaya sebagai penyanyi. "Saya yakin dengan keputusan untuk menjadi penyanyi sepenuh masa. Keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan bersama isteri dan keluarga. "Semoga tindakan yang diambil adalah perkara terbaik untuk kerjaya saya buat masa ini," katanya kepada BH Online.
Menurut Zarul, dia sudah menghantar e-mel rasmi kepada pihak pengurusan Malaysia Airlines, tetapi masih belum menandatangani surat rasmi perletakan jawatannya itu. "Memandangkan saya sudah tiada gaji tetap, saya perlu menyusun dan menyimpan wang sebaik mungkin. Ibaratnya, saya bertukar syarikat kerja saja kerana sekarang tertumpu kepada bidang nyanyian. "Jika saya rindu untuk terbang di awan biru, saya boleh kembali bekerja selepas dua tahun. Itu semua bergantung kepada keadaan dan masa depan," katanya. Selepas ini Zarul perlu bijak dalam mengurus kewangan la nampak gayanya kerana sudah tiada sumber pendapatan tetap. Semoga Zarul terus berjaya dalam apa jua bidang diceburi. - CARI
|
16
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
21
Sedih |
8
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Jika saya rindu untuk terbang di awan biru, saya boleh kembali bekerja selepas dua tahun.
kukukatablog replied at 29-12-2016 06:52 PM
pramugara lelaki mas ni mmg stok kertu2 ker...
yang dah double chin pon ada....
tapi badan n penam ...
ADVERTISEMENT