CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resipi Tak Halal? Jangan Risau, Ini Pengganti Wain Dalam Masakan

23-12-2016 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16542| Komen: 8|Original author: Oleh: Maly Rosli

Ralit membelek resipi untuk dicuba, berkenan dengan satu resipi ni. Alamak! Ada bahan beralkohol pula. Kena cuba resipi lain la ya?

Jangan risau, dengan sedikit ubah suai dan menggantikan bahan beralkohol tersebut dengan bahan halal, anda masih boleh mencuba resipi baru itu! Walaupun rasanya mungkin lari sedikit, namun ia dijamin sedap!




Gunakan bahan-bahan ini bagi menggantikan wain merah dalam masakan:




1. Jus anggur, delima, atau kranberi 
Jus ini kaya dengan perisa selain berasid yang menjadikan ia pengganti terbaik kepada wain merah. Anda juga boleh cuba campurkan satu sudu cuka bagi setiap cawan jus untuk menambah lagi kepekatan rasa.


2. Stok ayam, daging, atau sayur
Penggunaan stok ayam, daging, atau sayur adalah pengganti yang sangat sesuai untuk menambah rasa dalam masakan. Untuk lebih berperisa, campurkan satu sudu cuka bagi setiap cawan stok.



Gunakan bahan-bahan ini bagi menggantikan wain putih dalam masakan:


Sumber foto: http://www.limaywine.com

1. Jus lemon
Jus lemon memberi rasa masam dalam masakan sama seperti wain putih. Campurkan jus lemon dengan air secukupnya supaya rasanya tidak terlalu kuat.

2. Jus anggur putih
Gunakan jus anggur putih jika anda mahu menambah rasa manis pada masakan. Untuk rasa lebih kuat, tambahkan satu sudu cuka atau jus lemon bagi setiap cawan jus anggur.

3. Stok ayam atau sayur
Sama seperti bahan ganti bagi wain merah, anda boleh gunakan stok ayam atau sayur apabila anda mahu menambah rasa pada masakan.  Untuk rasa lebih kuat, tambahkan satu sudu cuka atau jus lemon bagi setiap cawan stok.


Jika anda rajin melayari internet, anda akan menemui pelbagai cara dan bahan bagi menggantikan sesuatu bahan lain yang digunakan dalam masakan. Mudah saja, bukan? - CARI

30

Bagus
38

Marah
24

Terkejut
30

Sedih
42

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (195 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 23-12-2016 09:05 PM
Mmg slalu guna jus delima utk ganti red wine n jus anggur hijau utk white wine.tp tula..xleh byk2 sgt sbb manis.

My friend ade bg petua bg melembutkn daging samada guna air coke or rendam daging dgn air yg d campur gula.
Quote ka6_jeram 23-12-2016 10:36 PM
CardiGans85 replied at 23-12-2016 09:05 PM
Mmg slalu guna jus delima utk ganti red wine n jus anggur hijau utk white wine.tp tula..xleh byk2 sg ...

Tak ganggu rase daging tue ke rendam dengan mende manis ?
Quote CardiGans85 24-12-2016 06:45 AM
ka6_jeram replied at 23-12-2016 10:36 PM
Tak ganggu rase daging tue ke rendam dengan mende manis ?

Xde..sbb nnt bilas sblm msk.dlm 20-30mnt..
Quote musafir_665 24-12-2016 09:21 AM
betul air coke tu. atau masa masak daging tu rendam skalivsudu dua tiga batang.
tp skrng guna je periuk anova tu mmg lembut giler daging..
Quote fefeeling 1-1-2017 03:10 PM
Good tips! Boleh cuba utk replace vanilla extract
Quote Ladybosss 18-1-2017 03:02 PM
Good tips ... blh laa lepas ni try
Quote lnakass 24-1-2017 04:18 PM
Good tips!
Quote pyaarAmor 3-2-2017 09:21 AM
Tq for the tips!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.357333 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top