CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Wajar Tambang Bas Sekolah Dinaikkan Tahun Depan- Datuk Ab Aziz Kaprawi

19-12-2016 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4093| Komen: 18

Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia dijangka bercadang untuk menaikkan tambang bas sekolah mulai Januari tahun depan. Namun bagi Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan pada masa sekarang.


Kelmarin laporan Buletin Pagi TV3 melaporkan kadar baharu tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan 2017 mungkin dinaikkan antara RM10 hingga RM20 sebulan. Sehubungan itu, Datuk Ab Aziz Kaprawi berpendapat ekoran harga minyak petrol telah mengalami penurunan baru-baru ini, maka adalah tidak munasabah menaikkan tambang bas sekolah. 

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia, Ahmad Fauzi Murad dilaporkan berkata, kenaikan itu diperlukan berikutan tiada kenaikan tambang perkhidmatan berkenaan sejak dua tahun lalu. 

Jesteru itu tahun depan merupakan masa yang paling sesuai untuk membuat kenaikan, tambah beliau.

Dijangkakan kadar kenaikan kali ini adalah antara RM10 sehingga RM20 untuk tambang setiap bulan.- CARI


sumber foto; https://selangorkini.my

33

Bagus
18

Marah
17

Terkejut
18

Sedih
20

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BebeQ 19-12-2016 03:26 PM
Tu bas sekolah.

I ni tanya la acik driver kereta yang bawak budak balik sekolah tu. Dia minta rm120 sebulan untuk perjalanan 1 hala (balik sekolah sahaja). Punya la mahal acik driver tu caj. Bawa budak ramai2 pulak tu.

Mujur la anak i tu kecik lagi. Kalau besar, i order kan Uber je. Perjalanan tak sampai 1km kot.
Quote krustykrab 19-12-2016 03:46 PM
BebeQ replied at 19-12-2016 03:26 PM
Tu bas sekolah.

I ni tanya la acik driver kereta yang bawak budak balik sekolah tu. Dia minta rm ...

tu la kan, dah la takde lesen bawak budak sekolah, tp rege nak sama dgn bas berlesen....

yg tak berlesen ni susah ooo kalau jadi apa2

Quote kemaruk 19-12-2016 03:48 PM
Tambang bas sekolah nih ada subsidi dari kerajaan ke?
Quote gaara_X 19-12-2016 04:19 PM
lepas mengundi tahun depan...baru leh bincang naik ke tak
Quote AbukRokok 19-12-2016 05:18 PM
BebeQ replied at 19-12-2016 03:26 PM
Tu bas sekolah.

I ni tanya la acik driver kereta yang bawak budak balik sekolah tu. Dia minta rm ...

pehhh kaya tol ..... labih kaya dari bawak uber
Quote mirandanicky1 19-12-2016 05:21 PM
Setiap tahun samaa
Quote BebeQ 19-12-2016 05:35 PM
Edited by BebeQ at 19-12-2016 05:39 PM
AbukRokok replied at 19-12-2016 05:18 PM
pehhh kaya tol ..... labih kaya dari bawak uber
~salah reply~
Quote BebeQ 19-12-2016 05:37 PM
AbukRokok replied at 19-12-2016 05:18 PM
pehhh kaya tol ..... labih kaya dari bawak uber

serious aku rasa macam nak je hire driver uber untuk angkut anak aku balik sekolah.

acik tu masa pertemuan dua mata bulan lepas, bisik2 dia bagitau harga rm120 tu. hello..mujur aku ni bukan kaki viral.
Quote BebeQ 19-12-2016 05:39 PM
krustykrab replied at 19-12-2016 03:46 PM
tu la kan, dah la takde lesen bawak budak sekolah, tp rege nak sama dgn bas berlesen....

yg tak ...

ye. acik tu cakap tahun depan dia akan bawa avanza pulak (sekarang persona).
aku balik rumah tekan2 je la kalkulator. ada juga aku sendiri yang convert diri jadi acik driver budak sekolah kalau gitu la harganya.
Quote awekjepun 19-12-2016 07:04 PM
Sbb tu org yg bkerja sndiri buat pkhidmatan mcm ni lg kayo
Quote krustykrab 19-12-2016 09:46 PM
awekjepun replied at 19-12-2016 07:04 PM
Sbb tu org yg bkerja sndiri buat pkhidmatan mcm ni lg kayo

Nk kata mudah kaya idak jgk sb ramai parents yg berhutang x bayar2 dgn drebar bas sek ni...kdg kesian jgk kt diorg ni, parents selfish....
Quote sabar_sabariah 20-12-2016 10:42 AM
kenaikan RM10~RM20 sebulan
banyak jugak tu
kalau anak sorang je gi sekolah tak terasa
kalau yg berderet2 tu
sebab tu lah dulu bapak aku ajar anak dia semua bawak motor
pastu bagi motor sorang satu
lepas tingkatan 1 semua gi sekolah naik motor sendiri
tapi masa tu jalan kampung lagi, tak sibuk sangat
sekarang ni dah tak relevant dah
Quote haryatie 20-12-2016 11:57 AM
sengsara ni kalau ank ramai masih bersekolah
Quote DARSITA 21-12-2016 07:20 AM
krustykrab replied at 18-12-2016 11:46 PM
tu la kan, dah la takde lesen bawak budak sekolah, tp rege nak sama dgn bas berlesen....

yg tak ...


Dah tau tak ada lesen lagi suruh anak naik dgn orang itu? heyy kalau kemalangan mati katak sahaja lah jawapnya.

Quote aurorae 21-12-2016 08:13 AM
sepatutnya kerajaan ambik alih pengangkutan kanak2 ke sekolah, tambang percuma je dengan syarat pakai uniform sekolah dan ada valid pass.
Quote hunny_bunny 21-12-2016 08:41 AM
kerana bas skolah laa...aku tukar dr Genius Aulad ke Qdees....

gila 2 hala rm180....xsampai 1km.....

Quote zach2008 21-12-2016 08:53 AM
Walaupun tak sokong, mengapa tak patut dinaikkan...
Mereka pengusaha bas ni peniaga yg nak untung. Adakah mereka mengaut untung berlebihan?
Dgn segala kenaikan kos sara hidup mau tak mau mereka terpaksa naikkan.



Quote krustykrab 21-12-2016 12:50 PM
DARSITA replied at 21-12-2016 07:20 AM
Dah tau tak ada lesen lagi suruh anak naik dgn orang itu? heyy kalau kemalangan mati katak sahaj ...

kak tak tau ke kat msia ni bukan semua tmpt yg ada bas berlesen....takde choice kut

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.174816 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top