Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM 22) yang berlangsung malam semalam (Ahad), di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Pada malam itu juga, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza membuktikan dirinya masih lagi 'berbisa' apabila berjaya memenangi empat kategori daripada tujuh pencalonan. Siti memenangi anugerah Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi Menatap Dalam Mimpi untuk kali ke-13 di mana lagu itu turut dipilih sebagai pemenang Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu. Menurut BH Online, dua lagi kategori dimenangi Siti adalah Lagu Nasyid Terbaik (Mikraj Cinta) dan Album Terbaik (Datuk Siti Nurhaliza Unplugged). Dalam masa sama, penyanyi itu juga memenangi kategori baharu iaitu Penyanyi Pilihan Malaysia.
Mengikuti di belakangnya, Faizal Tahir menerima dua trofi iaitu Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi lagu Sejati, manakala lagu Janji nyanyian Altimet dan Takahara Suiko dipilih sebagai Lagu Hip Hop Terbaik. Sementara itu, Akim Ahmad dari kumpulan Akim & The Majistret dengan lagu Potret dipilih sebagai pemenang Persembahan vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki). Misha Omar dan Hafiz Suip dengan lagu Terimaku Seadanya memenangi Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu, manakala DeFam meraih kemenangan kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Berkumpulan) bagi lagu Supergirls. Anugerah Lagu Rock Terbaik dirangkul Azlan & Typewriter menerusi lagu Mata Hati sementara Reena Nicky menerusi Joget Sulam Sakti memenangi anugerah Lagu Pop Etnik Terbaik. Tidak kurang hebatnya, SonaOne dengan lagu ciptaannya sendiri, Firefly, melayakkannya menerima anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik. Tidak ketinggalan, ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid yang sudah 32 tahun berbakti dalam industri muzik turut diiktiraf apabila menerima anugerah Sri Wirama AIM22. Selain itu, Yuna yang berjaya melebarkan sayap ke Amerika Syarikat termasuk kolaborasi cemerlangnya bersama Usher menerusi lagu Crush, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kembara. Naib Juara Akademi Fantasia 2015, Syamel muncul pemenang kategori Artis Baharu Terbaik. Selain tujuh kategori yang dipertandingkan, AIM 22 anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) turut memperkenalkan lima kategori baharu iaitu Lagu Muat Turun Paling Tinggi, Lagu Strim Paling Tinggi, Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton Di YouTube dan Lagu Nada Dering Pemanggil Jualan Paling Tinggi dan Penyanyi Pilihan Malaysia. Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga terus berbakti dalam dunia muzik dan terus berjaya kelak. - CARI
|
32
Bagus |
31
Marah |
28
Terkejut |
22
Sedih |
35
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batman_2007 replied at 23-4-2016 02:28 PM
Minta sponsor dgn vida puhleasee
izat123 replied at 23-4-2016 01:28 AM
Last last award award penting macam aim dengan ffm yang nampak macam nak berkubur. Award award bodoh ...
sepitsiput replied at 23-4-2016 05:31 PM
AIM dan FFM level nasional. Pengiktirafan oleh kerajaan ...sepatutnya preserve & develop. Ini dah mc ...
dondangdendang replied at 23-4-2016 08:57 AM
RIP je la.... artis baru skg kbykan nya x berkualiti. kebenaran yang meyakitkan kan....
RatuDunia94 replied at 24-4-2016 08:00 AM
bayangkan,
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu :
RatuDunia94 replied at 24-4-2016 07:52 AM
aritu tertengok kt tv1 ada iklan ASA ni.. katanya Akan Datang... ASA ni 10 tahun sekali ke..
RatuDunia94 replied at 24-4-2016 08:00 AM
bayangkan,
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu :
ADVERTISEMENT