Pelakon Hairie Othman yang sudah lama tidak muncul dalam mana-mana drama atau filem, tiba-tiba menjadi viral di laman sosial. Ini kerana peminat teruja selepas mendapat tahu pelakon filem Leftenan Adnan itu kini merupakan pemandu Grab Car. Bercakap kepada Harian Metro, Hairie berkata sehingga kini hampir lima tahun dia tidak berlakon sejak 'digam' kerana terbabit dalam dunia politik. “Pastinya saya rindu untuk kembali berlakon semula. Selepas kejadian itu ramai yang susah hendak berikan tawaran. “Walaupun saya pernah membuat pengumuman di Facebook bahawa saya sudah tidak terbabit dengan mana-mana parti politik, masih ada yang ragu-ragu mengambil saya berlakon,” ujarnya. “Saya tidak sangka selepas seorang peminat viralkan gambar saya memandu Grab Car, ada beberapa wartawan menghubungi saya untuk mengetahui perkembangan terbaru. “Apa yang saya boleh cakap, sekarang ini saya memang tidak berlakon kerana tiada tawaran dan saya melakukan apa saja pekerjaan asalkan halal,” katanya lagi. - CARI |
23
Bagus |
20
Marah |
26
Terkejut |
21
Sedih |
17
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
vanillaninja replied at 1-12-2016 09:15 AM
Bagus la usaha cari kerja dari mintak sumbangan ihsan kelab bagai di kala takde job.
ADVERTISEMENT