Makin mencurah-curah rezeki penyanyi dan pelakon Elly Mazlein selepas menyertai program Gegar Vaganza 3. Terbaru, Elly mengakui 'dilamar' oleh Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim untuk sebuah projek yang belum diumumkan pada tahun hadapan. Elly menerusi Astro Gempak bagaimanapun berkata tidak dapat mengulas panjang tentang projek berkenaan memandangkan ia masih terlalu awal. "Sebenarnya saya tidak dapat mengulas lanjut lagi mengenai perkara ini kerana ia masih di peringkat awal tetapi apa yang boleh saya katakan saya telah dilamar Norman untuk satu projek khas bersama. "Alhamdulilah projek yang kami terima ini saya anggap rezeki pembukaan tahun baru dan saya rasa sangat gembira. "Saya harap tahun 2017 akan membawa tuah untuk saya serta dilimpahkan lagi rezeki daripadaNya," ujarnya. Sebelum ini, Elly memuat naik sekeping gambarnya bersama Norman KRU melalui laman Instagram miliknya seterusnya menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat. - CARI |
13
Bagus |
9
Marah |
16
Terkejut |
11
Sedih |
6
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
datinamanda replied at 17-12-2016 03:16 PM
Go go Kak Lina
Juara mana ?
cmf_premierleag replied at 17-12-2016 03:00 PM
Lps zaman kru dh x menyanyi mcm dolu2, aku rasa sume hasil karya kru sume tahap hauk sampah
Dr film ...
ADVERTISEMENT