Majlis pelancaran Fasa Pertama MRT laluan Sungai Buloh-Kajang telah disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di stesen MRT Kwasa Damansara petang tadi.
Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya berkata, pojek MRT itu merupakan satu pencapaian bukan sahaja kepada sistem pengangkutan sedia ada malah sebagai satu batu loncatan kepada kemajuan negara. "Hari ini bukan sahaja hari teristimewa bagi kita, tetapi lebih daripada itu. Projek MRT akan memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dengan sistem pengangkutan yang moden." Perdana Menteri turut mengumumkan tambang dan perkhidmatan bas perantara percuma selama sebulan bermula esok sehingga 16 Januari 2017 bagi fasa pertama MRT. Ia sebagai hadiah kepada rakyat sempena Tahun Baharu.
Perkhidmatan bagi fasa pertama akan bermula pada pukul 6 pagi esok, membabitkan 12 stesen di antara Sungai Buloh dan Semantan. Stesen terbabit adalah Sungai Buloh; Kampung Selamat; Kwasa Damansara; Kwasa Sentral; Kota Damansara; Surian; Mutiara Damansara; Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; Phileo Damansara; Pusat Bandar Damansara and Semantan merangkumi jarak 21 kilometer. Bagi Fasa 1 MRT Laluan SBK, sebanyak 112 bas pengantara turut disediakan di stesen-stesen dengan laluannya termasuk kawasan tumpuan dan kawasan perumahan. Sementara fasa kedua sejauh 30 kilometer membabitkan 19 stesen dari Semantan ke Kajang dijangka beroperasi sepenuhnya bermula 31 Julai 2017.- CARI Berikut adalah jadual kadar tambang tunai dan Touch n' Go untuk setiap stesen di sepanjang perjalanan MRT fasa pertama: |
29
Bagus |
15
Marah |
17
Terkejut |
28
Sedih |
20
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RP255 replied at 15-12-2016 07:54 PM
permulaan sahaja percuma
selepas itu akan dikenakan caj yang sangat membebankan seperti ERL
kemaruk replied at 15-12-2016 08:00 PM
Dari IP scan yang bangkem buat, RP225 nih MN ladydutch
Bangkem tak kenal samgat sape dutchlady ni ...
WajibulGhunah replied at 15-12-2016 10:12 PM
Bila pulak bahagian kajang tu nk beroperasi?
ADVERTISEMENT