Kadar purata tarif elektrik asas untuk pengguna di Semenanjung, Sabah dan Labuan kekal pada harga sama bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun, tahun depan.
Demikian keputusan yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin berhubung khabar angin kenaikan kadar tarif elektrik di seluruh negara. Memetik laporan Bernama,Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pengguna tidak akan membayar bil elektrik lebih tinggi sekiranya mereka mengekalkan penggunaan pada kadar sama. “Kerajaan turut bersetuju melepaskan penjimatan daripada mekanisme Pemindahan Ketidakseimbangan Kos (ICPT) sebanyak RM766.33 juta melalui rebat tarif elektrik, iaitu 1.52 sen per kiloWatt jam (kW/j) di Semenanjung, namun tertakluk kepada penggunaan elektrik 300 kW/j dan ke bawah."
“Sabah dan Labuan juga diberi rebat sebanyak 1.20 sen kW/j kepada pengguna dalam kategori yang sama.” Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga kini, jumlah keseluruhan rebat bil elektrik dinikmati pengguna di Semenanjung adalah RM4.099 bilion. Manakala di Sabah pula sebanyak RM126.26 juta yang diberikan kerajaan dari 1 Mac 2015 hingga 30 Jun, tahun depan.- CARI |
16
Bagus |
21
Marah |
13
Terkejut |
19
Sedih |
36
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT