"Beg saya dicuri. Tolong, saya diragut. Saya tak tahu saya berada di mana." Demikianlah kata-kata terakhir seorang pelajar pertukaran warga China di Itali ketika sedang mengejar beberapa orang yang meragut beg tangannya sebelum maut dilanggar sebuah kereta api.
Zhang Yao, 20, merupakan seorang penuntut jurusan kesenian yang baru sahaja membaharui visanya di Tor Sapienza, Rom, sebelum seorang lelaki meragut beg tangannya bernilai RM4,729 ketika dia sedang menunggu di sebuah perhentian bas di hadapan pejabat imigresen Via Patini. Menurut portal Next Shark, Zhang menghubungi kawannya, Zou Xiao dan memberitahu dia sedang mengejar peragut berkenaan yang disertai dua lagi rakan subahatnya. Zhou mendakwa dia cuba menghalang Zhang daripada mengejar peragut itu kerana hanya beg tangan yang dicuri sementara dokumen penting masih selamat.
Zhang bagaimanapun berdegil dan mahu mendapatkan semula beg tangannya dan mengejar peragut terbabit hingga menghampiri landasan kereta api. Seorang pekerja gudang perindustrian berhampiran pejabat imigresen itu melaporkan terdengar suara jeritan seseorang pada Isnin lalu iaitu hari Zhang dilaporkan hilang. Selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup CCTV, mereka dapati ada mayat seorang wanita di atas landasan tersebut dan memaklumkannya kepada pihak polis, namun tidak menemui apa-apa apabila tiba di lokasi. Hanya beberapa hari kemudian (Jumaat) mayat Zhang ditemui di dalam semak berhampiran landasan kereta api berkenaan iaitu 800 meter dari pejabat imigresen itu. - CARI
|
12
Bagus |
32
Marah |
39
Terkejut |
23
Sedih |
25
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT