Siapa penggemar drama dari Korea Selatan pasti nama Park Bo Gum sudah tidak asing lagi didengar. Seorang pelakon muda yang berbakat besar dan popular dengan lakonannnya dalam siri drama Moonlight Drawn By Clouds atau Love In The Moonlight. Tidak hairanlah semasa kunjungannya ke Malaysia baru-baru ini, tidak kurang dari 500 orang peminat menyambut kedatangannya untuk melihat dengan lebih dekat lagi aktor pujaan mereka.
Park Bogum pernah dinobatkan sebagai 'Best Supporting Actor' dalam 29th KBS Drama Awards tahun 2015, serta menggondol anugerah 'tvN Asia Award' semasa 'tvN10 Awards' menerusi drama Reply 1988. Dalam sebuah temubual eksklusif oleh Kmania, Pak Bo Gum ditanya tentang tempat menarik yang inigin dilawatinya di Malaysia. "Disebabkan saya tiba agak lewat malam semalam, saya cuma sempat dibawa untuk melihat sekali imbas Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka dan menara berkembar KLCC. Jika diberi kesempatan, saya juga ingin membuat lawatan ke sekitar Melaka serta Jalan Alor untuk mencuba makanan tempatan seperti sate." Sudah menempa nama dan berjaya sebagai seoang pelakon, penyanyi, pengacara dan model, Park Bo Gum sebenarnya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang DJ radio, bukan sahaja di Korea malah mahu mencuba ke seluruh rantau Asia. Ditanya tentang kehidupan seharian, aktor ini ketawa sedikit sebelum mengatakan, "Saya hanya menjalani kehidupan yang biasa seperti orang lain, seperti seorang pelajar terutamanya. Saya juga akan memastikan saya sentiasa bersikap optimistik." Menyentuh tentang perkembangan seninya, buat masa ini dia memberikan lebih tumpuan untuk menamatkan jadual Asia Tour yang bakal berlangsung sehingga Mac 2017. Jelajah Asia Park Bo Gum bagi sesi bertemu peminat bermula di Kuala Lumpur sebagai 'pit stop' pertama sebelum meneruskannya ke Hong Kong pada 17hb Disember. Siri jelajah ini dijangka akan diteruskan pada tahun 2017 ke bandar-bandar utama Asia yang lain seperti Jakarta, Taipei, Tokyo, Bangkok dan Singapura sebelum sesi penutup di tanah kelahiran beliau, Seoul. -CARI |
29
Bagus |
14
Marah |
9
Terkejut |
19
Sedih |
23
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT