Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih selepas didapati bersalah mengedar 385.1 gram dadah dua tahun lalu.
Menurut Harian Metro, P Krishnan Murthy dan S Gayathri, masing-masing 31, menghadapi dua tuduhan mengedar campuran heroin dan monoacethylmorphines dengan berat bersih 272.14 gram serta 112.96 gram methamphetamine. Ketika membacakan penghakiman, Mohd Sofian menyatakan keterangan pada kes pembelaan bahawa dadah ditemui di rumah sewa tertuduh milik seorang lelaki dikenali sebagai Gunalan hanya penafian semata-mata. “Mahkamah mendapati tiada keterangan yang boleh mengaitkan lelaki bernama Gunalan dalam pemilikan dadah itu dan pihak pembelaan gagal membuktikan yang Gunalan mempunyai akses kepada rumah yang didiami tertuduh," katanya.
Dilaporkan, aktiviti mengedar dadah itu dilakukan di sebuah rumah di Blok C, Apartment Sri Impian, Larkin Perdana, Johor Bahru, pada jam 9.15 malam, 25 Mei 2014. Pasangan terbabit didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mengikut Sekysen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Norafiah Sinin yang mengendalikan pendakwaan menampilkan sembilan saksi manakala enam saksi termasuk kedua-dua tertuduh ditampilkan pihak pembelaan yang diwakili Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly dan Arif Aizuddin Masrom. Terdahulu, Krishnan Murthy bekerja kilang manakala Gayathri merupakan pendandan rambut. - CARI |
8
Bagus |
4
Marah |
10
Terkejut |
6
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 14-12-2016 07:03 PM
Pelakon benji tu lepas kan?
ADVERTISEMENT