CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kesal Wajah Hodoh Dijadikan Bahan Lawak, Wanita Ini Luah Rasa Terkilan

14-12-2016 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24987| Komen: 21|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kebelakangan ini banyak kita lihat 'meme' iaitu gambar yang ditulis dengan kapsyen lawak atau sarkastik berlegar di laman sosial.

Ramai netizen berkongsi gambar-gambar tersebut dan 'tag' rakan mereka dengan tujuan sekadar hiburan namun dalam tidak sedar membuat hati sesetengah pihak tercalar.


Foto: Facebook
Perkara ini terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Lizzie Velasquez di mana wajahnya dijadikan sebagai 'meme'.

Mangsa yang merupakan seorang pakar motivasi itu telah menyedari dirinya yang cacat fizikal dijadikan bahan lawak dan menganggapnya sebagai satu penderaan mental.


Foto: FB Lizzie Velasquez
Lizzie sebenarnya didiagnos menghidap sindrom yang menyebabkan penuaan lebih awal dari masanya, badannya tidak dapat menyimpan lemak dan membuatkannya kekurangan gizi, kurus kering dan nampak macam mayat hidup.

Dia telah memuat naik sebuah status di laman Facebooknya untuk meluahkan rasa terkilan tentang perkara ini.

Foto: FB Lizzie Velasquez
Kapsyen dalam gambar tersebut berbunyi, "Michael kata mahu berjumpa dengan saya di belakang pokok ini untuk sesuatu yang menyeronokkan. Dia lambat, boleh sesiap tolong tag dia dan beritahu saya masih menunggunya? "

Disebabkan itu dia bertindak untuk mewakili orang lain yang menjadi mangsa sepertinya untuk meluahkan rasa sedih dengan perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab itu.

Foto: FB Lizzie Velasquez
'Tidak kira bagaimana rupa kita atau saiz kita, di penghujungnya, kita semua manusia. Saya meminta anda semua supaya ingat perkara ini apabila berjumpa meme viral sebegini dari orang yang tidak dikenali Ada di satu masa, anda mungkin rasakan ianya lucu tetapi manusia di dalam foto ini mungkin merasa sebaliknya. Sebarkan kasih sayang bukannya ejekan."

Netizen turut meluahkan sokongan dengan apa yang diluahkan dan kesal dengan sikap sesetengah pihak yang suka mengaib dan memalukan orang lain. 

Foto: Facebook
Seharusnya, kita sebagai sesama manusia perlulah berfikir dahalu seblum melakukan apa jua perkara.

Mungkin perkara yang kita anggap remeh sebenarnya adalah hal yang sangat serius bagi orang lain. Jadi jadikanlah perkara sperti ini sebagai pengajaran ya? -CARI


9

Bagus
13

Marah
19

Terkejut
15

Sedih
36

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ronapink 14-12-2016 02:03 PM
gigi cantik, rambut pun
Quote Nenasketum 14-12-2016 02:06 PM
Kesian dia. Bukan ku pinta lahiiirr ke duniaaa. Bukan ku duga cacaat beginiii.....
Quote prettyuglybabe 14-12-2016 02:09 PM
she is beautiful in her own way..
loser je suka kutuk-kutuk fizikal orang ni..
Quote MsKathryn 14-12-2016 02:29 PM
Selalunya yg suka kutuk fizikal org ni lg teruk.

Loser much!!
Quote DeeHanania 14-12-2016 02:43 PM
Comel laa dia wlpn serba kekurangan
Quote alieyrina 14-12-2016 02:50 PM
Comel..macam katun apa tah..
Quote Victorioussss 14-12-2016 05:12 PM
At least lizzie ni lg canti hati dia dari crush aku yang pijak pijak hati ini...huaaa
Quote Artemesiaa 14-12-2016 06:24 PM
Yang kutuk dia ni dah perfact sangat ke penampilannya.  Kalau muka cantik hati busuk pun tak guna.
Quote debab76 14-12-2016 09:46 PM
biasa yg suka kutuk2 fizikal org lain ni meols perati lupa nak cermin diri dulu yach! biasa yg elok ni chill je tadepon nak kutuk2 org lain.
Quote cmf_premierleag 14-12-2016 09:57 PM
Kesian dia
Semoga Tuhan permudahkan urusan hidup dia
Quote missyL 15-12-2016 09:52 PM
dia ade penyakit xleh store lemak dlm badan die, so die mmg xde lemak langsong,kne sentiase mkn jgk, sbb badan die sentiase bakar lemak
Quote emelia1509 16-12-2016 02:40 AM
You are beautiful no matter what they say..

Go lizzie go lizzie

Quote nononcrux 16-12-2016 09:35 AM
yang mengutuk tu belum kena kat diri sdri or family, semoga dipermudahakan urusan dunia kamu lizzie.
Quote DayangKirana 16-12-2016 04:51 PM
bukan wajah hodoh jer jadi mangsa meme..
najib bermuka jambu pon terpalit sama..
pokok pangkal, asal ada modal nak mengutuk, siapa2 pon boleh jadi bahan..
Quote awekjepun 21-12-2016 03:26 PM
Kes buli emosi ni..mmg xpatut
Quote cknoriz 21-12-2016 03:47 PM
sian dia

tp yg preggy jgn tenung lama2 k
Quote teha86 21-12-2016 04:50 PM
sorry...aku mmg xsuke pic gambar hdoh orang yg tag nama2 tu...mmg sgt kurang ajar
Quote vanillaninja 21-12-2016 04:53 PM
Way to go Lizzie!
Quote mommymonster82 21-12-2016 08:05 PM
Me xsuka org buat meme guna muka hodoh org..klu guna gambar yg sengaja menghodohkn diri tahan la jugak...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.179651 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top