CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Urus Jenazah Abang Ipar, Anak Pula Cedera Kediaman Dihempap Papan Iklan

14-12-2016 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3305| Komen: 11

Sudah jatuh ditimpa tangga pula. Demikianlah keadaan Maulud Wahid, 44, yang sedang menguruskan jenazah abang iparnya apabila mendapat khabar mengenai rumahnya di Kampung Telegong, Seremban, dihempap papan iklan menyebabkan anak perempuannya tercedera.



Sumber foto: Bernama

Kejadian berlaku pada Selasa, apabila Maulud berada di Hospital Tuanku Jaafar menguruskan kematian abang iparnya dan terpaksa bergegas pulang selepas dimaklumkan anaknya, Diana Athira, 17, cedera ringan akibat terkena serpihan besi konkrit papan iklan tersebut.

Menurut Bernama, kejadian berpunca daripada angin kencang menyebabkan papan iklan terletak berhampiran rumah bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan itu, tumbang, lalu menghempap kediamannya.


"Saya hanya mengetahui mengenainya selepas dihubungi anak. Ketika kejadian, isteri saya berada di rumah saudara berdekatan rumah kami.

"Selepas dapat panggilan itu, saya terus balik kerana khuatir keselamatan anak-anak yang berada di rumah," katanya.

Dalam kejadian, mangsa sedang tidur di biliknya sementara empat beradiknya bermain di luar rumah apabila angin kencang pada jam 1.30 tengah hari menyebabkan papan iklan terletak berhampiran rumah bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan itu, tumbang dan menghempap rumahnya.

Adik Diana, Mohd Haniq Farhan Maulud, 15, tidak sedap hati ketika angin kencang dan menjerit memanggil Diana sebelum papan iklan itu tumbang, namun Diana tidak sempat keluar dari rumah.

Maulud menjelaskan ada membuat laporan mengenai papan iklan tersebut kerana terlalu hampir dengan rumahnya kepada Majlis Perbandaran Nilai, dua minggu lepas kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.

"Anak saya mengadu sakit selepas dibawa pulang ke rumah dari Klinik Kesihatan Labu.

"Saya akan bawanya ke hospital untuk rawatan susulan," katanya. - CARI

19

Bagus
17

Marah
13

Terkejut
18

Sedih
16

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eLiaD 13-12-2016 09:57 PM
Gila la nasib baek xde nyawa melayang kne hempap ngan billboard
Quote emelia1509 13-12-2016 10:03 PM
mak aiii...

seramsss
Quote ejans 13-12-2016 11:05 PM
X ada angin kencang? Maybe mak pak dia x pasan kot sbb rumah bawah..
Aku rumah tingkat 10 ni. Angin macamm taupannnn... bunyiii kuatttt...seramm je tengahari tadi.. pokok pon tgk mcm nak terbangg... pastu hujan kejap. X de lah lebat sgt.. tapi angin sbelum tu mmg kuat gilerr.. maybe mak pak diorang x de kt rumah kot. So x tau angin kuat ke x.. x kan papan tu leh tumbang mcm tu je kalo x de angin
Quote insulin 13-12-2016 11:15 PM
Menakutkan....
Quote Lolalala 14-12-2016 12:07 AM
tadi petang pukul 6 baru lalu. nampak dah roboh dah. memang x nampak dah rumah tu tadi
Quote cknoriz 14-12-2016 12:49 AM
perghhhh kayo la pak ik tu sure dpt rumah baru...pampasan tuntut berganda2 k nasib xde nywa melayang
Quote kikuri 14-12-2016 12:06 PM
akak harap billboard kat traffik light kat opis akak ni tak robohlah hendaknya.... dah la tinggi... belakang rumah orang n ada tadika... bersusun billboard tepi jalan
Quote Artemesiaa 14-12-2016 12:20 PM
Teruk jugak impact nya harap dapat pampasan sewajarnya kalau tak saman je
Quote intan_smsb 14-12-2016 12:42 PM
harap dapat pampasan yg sewajarnya
Quote gaara_X 14-12-2016 01:05 PM
ermmmm...pampasan ler...kasi up ngan koz GST skali....ahaks!!
Quote net_level 14-12-2016 02:42 PM
billboard tu under construction  atau dah memang lama wujud..
2 minggu lepas dah report dekat majlis... orang majlis tak entertain kes ikut priority la ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.516231 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top