CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kemaskini] Semakan Permohonan Sabitan Liwat, Anwar Kekal Penjara 5 Tahun

14-12-2016 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4069| Komen: 26

Kemaskini: 11.30 pagi

Selepas permohonannya ditolak Mahkamah Persekutuan hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dipenjara lima tahun disabit kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. 


Menurut Utusan Online, Anwar yang setakat ini sudah menjalani hukuman penjara setahun 10 bulan gagal mengetepikan sabitan dan hukuman penjara berkenaan yang dikekalkan satu panel lain pada 10 Februari tahun lalu. 

Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara mencapai keputusan itu selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak pada 12 Oktober lalu.

Turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim. Hakim Malanjum bagaimanapun tidak hadir hari ini kerana kematian ibu saudaranya.

Ketika membacakan penghakiman berkenaan, Hakim Zulkefli menyatakan permohonan itu tiada merit dan tidak sempurna yang melayakkan mahkamah menggunakan budi bicaranya bagi menyemak keputusan tersebut.

Anwar disabitkan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 31, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara di antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dikemaskini: 10.23 pagi


Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengumumkan keputusan mengenai permohonan semakan terhadap sabitan liwat yang dijatuhkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada jam 9 pagi ini.


Sumber foto: Reuters

Menurut Bernama, ia merupakan usaha akhir Anwar bagi mengetepikan sabitan dan hukuman lima tahun penjara atas dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Keputusan itu berkenaan permohonan semakan Anwar agar mahkamah mengguna pakai Aturan 137, Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 selain membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria. 

Ia merupakan usaha akhir Anwar menggunakan saluran undang-undang agar Mahkamah Persekutuan mendengar semula rayuannya berhubung merit.

Keputusan semakan kehakiman itu akan disampaikan lima panel hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, sementara bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mewakili Anwar.

Selain itu, empat lagi hakim ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim. - CARI
11

Bagus
14

Marah
9

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cak! 13-12-2016 04:57 PM
reformasi

anwart terjerat lg..pandai najib psg perangkap
Quote akujerangkung 13-12-2016 05:01 PM
Huruhara Malaysia .......
Quote rojakcili 13-12-2016 05:04 PM
jangan membelakangi anwar

hahahhaha

Quote black.hitam 13-12-2016 07:30 PM
harap tempoh hukuman ditambah lagi      

papa ketum perosak negara  
Quote vandergooh 13-12-2016 08:14 PM
rojakcili replied at 13-12-2016 05:04 PM
jangan membelakangi anwar

hahahhaha

Sabun jatuh jangan kutip yer dik...
Quote bangcak 13-12-2016 09:50 PM
simpan jek la anwart tu.
takde anwart pon org takkan sokong umngok
Quote Darien_Fawkes 14-12-2016 01:04 AM
Ni soalan cepu emas ni. 'Adakah Sifool al-Baukari akan conteng semula dahi beliau dengan arang kalau Anuar dibebaskan?'
patut buat poll ni
Quote Darien_Fawkes 14-12-2016 01:11 AM
Sebelum Anuar masuk.

Selepas Anuar masuk.

Quote kelana36 14-12-2016 01:16 AM
Lebih baik kalau dia frozen jer dulu dalam penjara, biarkan PH dengan PPBM merancang strategi mereka untuk melawan BN dalam PRU akan datang. Takut nanti too many chefs, spoil the soup...
Quote Darien_Fawkes 14-12-2016 01:18 AM
Soalan Cepu Emas kedua, 'Adakah bontot Sifool al-Baukari akan kembali berlendir jika Anuar dibebaskan'
Quote saladin780 14-12-2016 01:24 AM
Darien_Fawkes replied at 14-12-2016 01:04 AM
Ni soalan cepu emas ni. 'Adakah Sifool al-Baukari akan conteng semula dahi beliau dengan arang kalau ...

Harus mlm ni lagi dia dah start hantuk paler kat dinding
Quote Darien_Fawkes 14-12-2016 01:47 AM
saladin780 replied at 14-12-2016 01:24 AM
Harus mlm ni lagi dia dah start hantuk paler kat dinding

la... ingatkan takat pakai conteng guna arang aje
Quote shamsadis 14-12-2016 02:41 AM
Melepaskan Anwar akan membuatkan kecelaruan dalam Pakatan Rakyat berlaga kepala la dgn Mahathir Kutty
Quote pyropura 14-12-2016 02:57 AM
Edited by pyropura at 14-12-2016 02:59 AM
Darien_Fawkes replied at 14-12-2016 01:04 AM
Ni soalan cepu emas ni. 'Adakah Sifool al-Baukari akan conteng semula dahi beliau dengan arang kalau ...


So si Sepol akan kembali stop basuh bontot lar kan  
Quote Darien_Fawkes 14-12-2016 03:26 AM
pyropura replied at 14-12-2016 02:57 AM
So si Sepol akan kembali stop basuh bontot lar kan

bontot Sifool akan berlendir 3 harlah jawabnya kalau Anuar keluaq
Quote Darien_Fawkes 14-12-2016 03:27 AM
shamsadis replied at 14-12-2016 02:41 AM
Melepaskan Anwar akan membuatkan kecelaruan dalam Pakatan Rakyat berlaga kepala la dgn Mahathir ...

bukankah dah berbaik saling bermaafan?
Quote tupaiterbang 14-12-2016 11:47 AM
Gagal!!

Bijan 1 Anwar 0

ini malam pasang lilin depan hotel sg buloh
Quote Darien_Fawkes 14-12-2016 12:30 PM
tupaiterbang replied at 14-12-2016 11:47 AM
Gagal!!

Bijan 1 Anwar 0

xjadi la Sifool hitamkan dahi beliau
Quote gaara_X 14-12-2016 01:10 PM
toyol apo khabar skang ek...hihkhihkhihkk

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.146605 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top