Seorang ibu tergamak meninggalkan dua anaknya dalam rumah terkunci sehingga dua beradik berkenaan mati kelaparan di Ukraine. Vladislava Podchapko, 20, meninggalkan anak lelakinya Daniil berusia hanya 23 bulan dan anak perempuannya, Anna yang berusia 2 tahun bersendirian dalam rumah sementara dia tinggal di rumah teman lelakinya selama 9 hari.
Tiada makanan yang ditinggalkan selain beberapa beberapa makanan ringan sahaja. Apabila Vladislava kembali, Daniil telah meninggal dunia, manakala Anna dalam keadaan tidak sedarkan diri dan demam teruk. Menurut jiran berhampiran, mereka terdengar dua beradik itu menangis dan menjerit, namun tiada yang tampil memecah masuk ke kediaman itu. Memetik laporan Metro.uk, Anna yang ditemui dalam keadaan lemah dan demam teruk itu terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan. Ibu kepada dua kanak-kanak terbabit telah ditahan dan berdepan dengan hukuman penjara 8 tahun atas tuduhan mengabaikan anak.
Dalam keterangannya pada pihak polis, Vladislava berkata, “saya tidak tahu yang mereka boleh mati.” Difahamkan ada seorang jiran yang menghubungi polis melaporkan kejadian itu, namun tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa berkenaan. Dua beradik berkenaan adalah hasil perkahwinan Vladislava dengan bekas suaminya. Sementara itu, Anna akan dihantar dan dijaga oleh pusat perlindungan rumah anak yatim atau diberi pada keluarga angkat atau diserahkan kepada bapanya.- CARI |
16
Bagus |
7
Marah |
14
Terkejut |
16
Sedih |
11
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ibu kepada dua kanak-kanak terbabit telah ditahan dan berdepan dengan hukuman penjara 8 tahun atas tuduhan mengabaikan anak.
supernaturalee replied at 9-12-2016 11:08 AM
biar 8 thn tanpa makanan
WajibulGhunah replied at 9-12-2016 11:15 AM
Kalau pompuan tu mati jwb la blek jawapan dia tu
"8 tahun tanpa makanan? Saya tak sangka dia bole ...
WajibulGhunah replied at 9-12-2016 11:15 AM
Kalau pompuan tu mati jwb la blek jawapan dia tu
"8 tahun tanpa makanan? Saya tak sangka dia bole ...
insulin replied at 9-12-2016 11:21 AM
Pihak berkuasa pun bersalah kerana tidak mengendahkan laporan yang dibuat oleh jirannya. :huff ...
ADVERTISEMENT