Proses perceraian antara Brad Pitt dan Angelina Jolie berlanjutan dengan kedua-dua mereka masih lagi berlawan di mahkamah untuk menuntut hak jagaan anak-anak.
Namun, siapa sangka jika perceraian tersebut memberi impak buruk kepada Angelina Jolie yang lebih mesra dengan panggilan Angie. Menurut portal Radar Online, proses perceraian itu menyebabkan Angie tak lalu makan, seterusnya mengakibatkan pola pemakanannya tak teratur. Malah, berat badannya turun dengan mendadak! Dikhabarkan bahawa berat Angie kini hanya sekitar 34 kilogram sahaja. Berat sebegitu sudah pasti amat membimbangkan keluarga dan orang terdekat dengan aktres berkenaan.
Penurunan mendadak berat aktres itu dikatakan berkait rapat dengan tekanan perasaan dialami selepas kes perceraiannya. Dilaporkan, selepas perceraian pasangan itu, Angie semakin kerap merokok. Bahkan, menurut sumber yang tidak mahu dikenali mengatakan bahawa kini rokok telah menggantikan makanannya. "Angie tidak makan tetapi dia lebih banyak merokok. Dia boleh menghabiskan sehingga dua kotak rokok dalam masa sehari yang kini membunuh nafsu makannya," kata sumber. Semoga mereka dapat menyelesaikan masalah mereka dengan segera dan tidak menyeret anak-anak ke dalam permasalahan mereka. - CARI
|
39
Bagus |
26
Marah |
24
Terkejut |
23
Sedih |
19
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 9-12-2016 11:03 AM
Cantik, byk duit, byk harta.. Tp masih x bahagia.. Kesian.
sharlenetexas replied at 9-12-2016 12:09 PM
akak jenny tepuk tangan
CARI-MAL replied at 9-12-2016 10:45 AM
Proses perceraian antara Brad Pitt dan Angelina Jolie berlanjutan dengan kedua-dua mereka masih lagi ...
ADVERTISEMENT